suria

Surat khabar nasi lemak jadi ‘isu’, peniaga cadang beri pilihan kepada pelanggan - “Boleh pilih nak bahasa, ruangan apa”

Lelaki berkenaan berkongsi komen seorang netizen yang mempertikaikan penggunaan surat khabar bahasa Cina.

PASTI ramai antara kita yang pernah mendengar ungkapan 'jangan menilai sesuatu daripada luarannya sahaja'.

Namun begitu, dalam banyak perkara masih ramai yang cenderung untuk mengambil kira 'penampilan' luaran terlebih dahulu.

Begitulah juga situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini.

Menurut lelaki berkenaan, isterinya menerima komen negatif daripada pelayar di Facebook hanya kerana menggunakan surat khabar Cina sebagai bungkusan paling luar nasi nasi lemak daun pisang yang dijualnya.

NASI LEMAK 2

Tangkap layar komen seorang pengguna Facebook yang mencetuskan perdebatan di media sosial.

"Kitaorang baru nak berniaga nasi lemak pre-order. Isteri aku post dalam group Facebook, terus dapat komen bodoh," luah lelaki yang menggunakan akaun @paantastik di Twitter.

Menerusi perkongsiannya, lelaki itu turut memuat naik gambar nasi lemak bungkus yang dijual bersama secawan teh dalam satu set berharga RM4.

Selain itu, dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) komen seorang individu di Facebook yang mengecam tindakan isterinya menggunakan surat khabar Cina sebagai pembungkus nasi lemak.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi lemak bentang 20 meter karpet merah sambut pelanggan... Terus ‘feeling’ macam artis nak ambil anugerah!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari uncle Cina tak muncul, peniaga nasi lemak Penang mula risau... Tiba-tiba datang terus belanja nasi kerabu lauk sotong!

"Apasal guna surat khabar Cina bungkus nasi lemak tu? Macam was-was saja," demikian komen berkenaan.

Komen berbaur negatif itu dikongsikan di laman sosial sekali gus mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya kesal dengan sikap segelintir individu yang seperti tidak menghormati perasaan kaum lain di Malaysia.

Lapik pembungkus pun jadi isu. Daun pisang tu Cina ke Melayu yang tanam?

NETIZEN

"Aduhai... bahasa pun jadi isu.

"Bang, kalau macam ni, pakai surat khabar tulisan jawi sajalah.

"Lapik pembungkus pun jadi isu. Daun pisang tu Cina ke Melayu yang tanam? Telur tu Cina ke Melayu yang ternak ayam dia? Timun? Kacang? Cili?" demikian komen netizen.

Namun siapa sangka, ketika 'kontroversi' melanda isteri lelaki berkenaan dihubungi pelanggan Cina yang datang menempah dan membeli nasi lemaknya selepas kisah ini tular.

KOMEN NASI LEMAK

Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

"Hahaha sebab brother ni aku dapat customer Chinese. Lepas ni aku buat option (pilihan) lah. Customer boleh pilih surat khabar bahasa apa dan ruangan apa. Sukar, luar negara, dalam negeri, iklaneka atau hiburan," selorohnya dalam bebenang ciapan tersebut.

Untuk info, isteri lelaki tersebut menjual set nasi lemak bersama teh tarik dengan harga RM4 sahaja di kawasan sekitar Skudai, Johor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain