VIDEO tular memaparkan seorang pemuda tidak berbaju yang sedang berniaga buah durian di Terengganu meraih ratusan ribu tontonan di media sosial. Selain komen usikan nakal, segelintir netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan strategi perniagaan pemuda itu yang dianggap bertentangan dengan adab ketimuran. "Aduh, tak pregnant pun mengidam nak makan durian ni. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kita Terenganu bang, jangan buat macam Thailand. "Cari rezeki biar ada keberkatan bang," tulis beberapa netizen. Dikenali sebagai Ery Syarif, pemuda itu berkata dia baru pertama kali berniaga durian pada tahun ini dan sama sekali tidak menyangka dirinya akan menjadi perhatian netizen. Saya bukannya jual maruah. Saya masih pakai seluar, bukan seluar dalam. Cuma nampak pusat sikit. ERY SYARIF Ketika dihubungi mStar, dia juga mengakui terbuka dengan segala komen netizen, termasuklah kritikan terhadap gaya pemakaiannya yang dianggap tidak sopan. "Saya berniaga durian secara suka-suka saja. Bukannya berniaga sepenuh masa. Ini kali pertama saya jual durian. Sekarang saya jual dekat Drawbridge atau Jambatan Angkat Kuala Terengganu. "Tak sangka pula video saya viral. Komen negatif tu saya buat pekak saja. Tak payah layan komen begitu. Saya malas nak ambil port. Kalau mereka cakap soal dosa pahala, saya sarankan mereka tengok anak beranak sendiri dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kacak, sado jual takoyaki jadi tumpuan di Kelana Jaya... Dulu ‘introvert’, kini sakan buat content TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je! "Saya bukannya jual maruah. Saya masih pakai seluar, bukan seluar dalam. Cuma nampak pusat sikit. Terima kasih yang komen positif. Walaupun tak beli, support pun dah memadai," ujar duda yang mempunyai tiga cahaya mata itu. Mesra disapa Ery, dia bersyukur dengan sambutan yang diterima dan mendedahkan mampu menjana pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sehari dengan berniaga durian. "Setakat ini Alhamudillah, sambutan menggalakkan. Kalau ada buah durian yang bagus, baru saya ambil untuk jual. Sehari tak banyak sangat. Kalau ikutkan sales dalam RM1,000 ke RM1,500," ujarnya yang berniaga durian pada hari minggu sahaja. Ery mendedahkan dia merupakan duda yang mempunyai tiga cahaya mata. Sementara itu, Ery yang juga anak jati Terengganu berkata dia pernah terlibat dalam sukan bola sepak dan turut menawarkan khidmat sebagai jurulatih kecergasan sejak tahun 2017. Pada masa sama, Ery juga berniaga keropok lekor secara sepenuh masa dan dia kini sibuk menguruskan sebuah kedai yang dibuka bersama keluarganya di Kuala Terengganu sejak tahun lalu. "Durian ni sampingan. Keropok lekor ni saya buat full time. Kalau tak berniaga durian, saya gentel keropok. Dah setahun lebih keluarga saya buka kedai keropok lekor. Kami buka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kedai keropok lekor di Terengganu yang diusahakan keluarganya. "Masa PKP kami buat belakang rumah saja. Lepas tu, ada modal kami buat kedai. Di kedai kami, pelanggan boleh tengok proses pembuatan dan beli keropok lekor. Ibaratnya, tak payah pergi ke Pasar Payang. Semua ada kat kedai saya. "Di kesempatan ini, saya mengajak semua orang untuk support perniagaan keluarga saya. Kalau nak beli keropok, boleh singgah kedai kami. InsyaAllah buka setiap hari," ujar anak sulung daripada 10 beradik itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube