MELAKUKAN dua kerja bukanlah perkara baharu dalam kalangan masyarakat masa kini. Kebanyakan memanfaatkan peluang ekonomi gig yang ada bagi menambah sumber pendapatan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pun begitu, terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut dengan menyifatkan golongan terlibat sebagai tamak. “Kepada rider part time. Kau orang dah ada kerja tetap, ada gaji tetap setiap bulan... ada (kerja) polis, tentera, swasta tak payah tamak. Hantaran asal yang dibuat lelaki terbabit. “Bagi rezeki servis penghantaran ni kat rider cari makan sepenuh masa, yang tak ada kerja tetap mungkin sebab faktor usia, kesihatan, anak-anak muda yang belum ada kerja tetap,” katanya dalam satu hantaran di kumpulan Facebook. Malah dia turut mempersoalkan kenapa golongan terbabit melakukan kerja tambahan sedangkan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. “Kenapa perlu tamak? Sedangkan rezeki anda dah ada tetap setiap bulan. Kau orang nak pakai kereta Honda ke yang pulun siang kerja tetap, malam buat delivery pula,” luahnya lagi. Baginya, kenyataan yang dibuat itu bukanlah kerana tidak mempercayai rezeki Tuhan sebaliknya disebabkan bilangan pesanan yang diterima tidak sebanyak jumlah penghantar makanan pada masa ini. ARTIKEL BERKAITAN: Mengah ‘panjat’ tingkat 5, rider cuma fikir amanah! Tak sangka ada kejutan, nak menitik air mata baca permintaan pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: 12 jam sehari atas motor, rider sedap gaji hampir RM2,000 seminggu! Kini derita slip disc... Kewangan merudum, nak bergerak pun susah Bukan itu sahaja, dia meminta mereka yang melakukan kerja sambilan supaya berhenti dan menguruskan keluarga masing-masing. “Bukan tak percaya pada rezeki Tuhan. Tapi kalau order sejam 100, rider part time dan full time ada 200... kau rasa? “Tak perlu tamak. Balik kerja duduk santai-santai di rumah main dengan bini,” tambahnya. Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya selepas dikongsikan di Twitter. Yang dah ada gaji tetap tapi buat rider tu bukan tamak, tapi desperate nak bagi makan anak bini... gaji tak cukup. WARGA MAYA Rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya kerana menurut mereka gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menanggung komitmen serta perbelanjaan bulanan. “Yang dah ada gaji tetap tapi buat rider tu bukan tamak, tapi desperate nak bagi makan anak bini. Gaji tak cukup, hutang. Gila apa kerja dah fix hour, lagi buat ride... boleh mati overwork. “Dia ingat kerja kerajaan semua gaji besar agaknya. Ingat kerajaan tak ada gaji kecil... ramai. Tapi daripada mengeluh baik buat part time. “Suami aku buat kerja part time sebab nak cari duit lebih nak besarkan anak dan aku sendiri jaga anak orang. Part time pun tak dapat banyak mana, apa yang nak gelabah sangat full timer ni,” ujar beberapa warga maya. Warga maya menzahirkan rasa kurang senang pada kenyataan lelaki terbabit. Tidak kurang juga yang mengingatkannya tentang tujuan asal kewujudan ekonomi gig melibatkan penghantar makanan kerana ia bagi membantu individu yang ingin mencari pendapatan sampingan. Malah ada juga yang menyatakan individu berkenaan sebenarnya tamak serta tidak mempercayai rezeki kerana bertindak menyekat pekerjaan orang lain. “Dia tak tahu yang rider ni untuk orang buat part time pada asalnya, bukan jadi kerja tetap. Kau orang yang pilih jadikannya tetap padahal matlamat semua kerja sambilan. “Apa punya mentaliti ni. Macam dia pula yang tamak. Kalau tak ada rider part time mesti motor kau dah jem tepi jalan sebelum sebulan. “Dia lupa yang asal servis penghantaran ni as part time. Buat full time ikut kehendak masing-masing, tak pasal orang yang ada kerja tetap kena marah sebab buat part time. “Aku setuju jangan tamak. Beri job kat orang buat part time... jangan tak percaya pada rezeki,” selar segelintir pihak lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube