suria

Peniaga ‘lock down’ komputer dalam sangkar, nak guna kena seluk tangan celah-celah besi... Netizen kagum idea kreatif anti curi

Seorang gadis menggunakan komputer dan mesin pencetak yang diletakkan di dalam sangkar besi.

PELBAGAI cara yang dilakukan peniaga untuk memastikan harta atau kelengkapan yang digunakan untuk operasi perniagaan tidak dicuri.

Tular video menunjukkan seorang pelanggan sedang menggunakan komputer dengan sebelah tangannya dimasukkan antara celah jeriji berisi.

Percaya atau tidak, namun begitulah yang berlaku di sebuah premis apabila pemiliknya 'mengurung' komputer dan mesin pencetak (printer) di dalam sangkar besi.

Menerusi video berdurasi sembilan saat itu, seorang gadis dilihat sedang menggunakan komputer untuk mencetak sesuatu.

Seorang gadis memasukkan tangannya ke dalam sangkar besi untuk menggunakan komputer.

Perlu memasukkan sebelah tangan di sebalik sangkar, gadis itu kelihatan berhati-hati menggunakannya.

"Liku-liku kehidupan duniawi," menurutnya menerusi keterangan video.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru Besar sempoi daki bukit, 'online meeting' tengah hutan... Gadis terkejut bapa muncul dalam grup WhatsApp - "Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah"

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi ilmu, termasuk berkelambu dalam hutan! Pelajar IPT harap ada pihak buka mata - "Saya kurang berkemampuan"

Susulan video yang dimuat naik di TikTok @166titik menjadi tular sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan, gadis tersebut tampil memberi penjelasan sebab dia ke kedai itu.

"Waktu itu saya bersama rakan-rakan mahu print tugasan kuliah dan kerana kedai printer tersebut sangat dekat dengan kampus, jadi saya pun pergi ke situ untuk print.

"Kerana yang menjaganya adalah pakcik-pakcik dan printer pun diletakkan di luar kedai, maka ditutup dengan tirai.

"Selepas dibuka, mesin pencetaknya 'dikurung'. Saya bertanya kenapa tidak dibuka saja sangkar tu dan kata pakcik tu biarkan saja," katanya.

Selain komputer, sebuah mesin pencetak turut diletakkan di dalam sangkar besi.

Gadis itu turut menyifatkan pemiliknya mempunyai perwatakan yang sangat disenangi ramai.

"Dia baik sangat dan merendah diri. Jika kawan-kawan ke sana, dia akan sambut dengan baik," ujarnya sambil meminta orang ramai mendoakan peniaga tersebut sihat dan dimurahkan rezeki.

Tak pelik pun, mungkin kedai dia selalu dimasuki pencuri.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia beranggapan bahawa komputer dan mesin pencetak diletak dalam 'sangkar besi' bagi mengelakkan daripada barang-barang tersebut dicuri.

"Tak pelik pun, mungkin kedai dia selalu dimasuki pencuri.

"Kasihan orang yang betul-betul nak guna. Menyusahkan orang yang betul-betul memerlukan, reda je lah daripada tak dapat guna.

"Ruang untuk tangan kasi besar sedikit," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang berpandangan bahawa sangkar besi yang melindungi komputer dan mesin pencetak kerana tetap boleh dicuri dan dijual semula untuk mendapatkan wang.

"Kalau kat Malaysia ni, besi tu yang orang curi. Boleh jual.

"Aku tak risau komputer tu hilang, aku takut besi tu hilang," ujar netizen secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain