HASRAT seorang pemuda yang mahu membuang air besar di tandas awam dekat sebuah stesen minyak terbantut apabila menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mana tidaknya, lelaki berkenaan ternampak beberapa bungkusan putih berupa lampin pakai buang yang sudah digunakan di atas kerangka besi di bahagian atas tempat simpanan tangki air. "Berak dekat stesen minyak. Tengok betul-betul ada apa. Ada lampin pakai buang bayi," katanya sambil berkongsi swafoto dari sudut bawah bagi menampakkan pemandangan di bahagian atas. Menyaksikan sendiri perkara itu, dia mengakui kesal kerana terdapat sekumpulan bapa yang bersikap pengotor dengan mencampakkan lampin pakai buang di tempat yang tidak sepatutnya. "Come on Malaysia, tak tahu malu ke baling lampin pakai buang anak atas tu? Kasihan anak-anak dapat mak ayah pengotor," katanya. Pemuda kesal dengan tindakan segelintir bapa yang membuang lampin bayi terpakai merata. Pemuda tersebut mendakwa kejadian berlaku di tandas lelaki di sebuah stesen minyak dekat sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: "Tak tahu nak klasifikasi ayah saya pengotor atau tak bertanggungjawab" - Anak dedah diperlakukan macam bibik, makan hati di rumah sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor Pada mulanya dia menyangka ia merupakan angkara monyet yang membawa lampin pakai buang itu ke atas tandas, namun sangkaan itu meleset. "Mula-mula ingat macam tu. Tapi yang penuh bahagian (tandas) lelaki je. Tandas perempuan clear. Ingatkan bangkai atas tu. Macam mana dia target nak naikkan atas tu? NETIZEN "Yang tak ada otak je buat macam ni. Banyak pula tu, tak faham," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan segelintir bapa yang yang membuang lampin pakai buang anak yang sudah digunakan merata-rata. Antara komen netizen. Malah, ada yang turut mempersoalkan bagaimana mereka sanggup mencampak lampin pakai buang tersebut di ruang atas berbanding membuangnya di tong sampah. "Ingatkan bangkai atas tu. Macam mana dia target nak naikkan atas tu? Dia bekas atlet bola baling ke kat sekolah dulu? "Kalau aku, walaupun tukar lampin anak dekat stesen minyak, aku rela letak dalam plastik selepas tu bawa balik buang kat rumah. "Ingatkan ada kamera tadi, risau. Tapi macam mana dia boleh fikir nak baling atas tu? Tong sampah ada je kan. "Cannot brain la. Saya pantang orang buang lampin pakai buang merata ni. Sakit mata tengok. "Serius la ada mak ayah yang macam ni?" demikian antara komen netizen penuh kesal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube