suria

Jumpa botol di celah batu pantai, ada beras dan foto lelaki... Ramai cuba rungkai misteri - “Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu”

Botol misteri yang dijumpai di pantai mengandungi sekeping foto lelaki dan beras.

DI sebalik arus kemodenan, masih ada individu di negara ini yang percaya akan perkara tahyul dan khurafat.

Malah, ada yang sanggup berjumpa dengan bomoh untuk merawat penyakit dan mencapai hajat tertentu walaupun terpaksa mengeluarkan belanja besar.

Terbaharu, seorang individu memuat naik video, memaparkan sebiji botol kaca misteri yang ditemuinya di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

botol2

Botol kaca terselit di celah bongkah batu.

Botol yang terselit di celah bongkah batu itu turut mengandungi sekeping foto lelaki, dipercayai mangsa perbuatan khurafat.

"Sumpahan apa ni guys? Ada gambar orang dengan beras dalam botol tu," tulis Ayupy12 menerusi TikTok.

Video yang dikongsi oleh pemuda berkenaan meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh sehari.

Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal 2013.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut membuat pelbagai spekulasi mengenai penemuan misteri berkenaan.

"Ada dua kemungkinan je. Pecah botol tu dia bebas. Atau pecah botol tu, dia habis (mati).

"Keluarkan gambar daripada botol tu. Kesian dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Standby ustaz rawat kau nanti!” - Lelaki ugut hantar sihir, berang mengemis RM30 tapi tak dapat hasil

ARTIKEL BERKAITAN: “Dapat hantaran tapi bukan untuk dikahwini”- Bungkusan misteri... pemuda diminta siap sedia ‘dia’ dah nak datang

"Ramai suruh buka. Hanya orang tertentu saja boleh buka. Kalau kita buka pun tiada fungsi sebab gambar tu telah dijampi.

"Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu. Beras kan makanan, ibarat rezeki," tulis beberapa netizen membuat andaian.

Dalam pada itu, beberapa pelayar TikTok mendakwa lelaki dalam gambar berkenaan merupakan mangsa kepada isterinya sendiri dan telah meninggal beberapa tahun lalu.

553 (2)

Umat Islam perlu menjauhi perbuatan khurarat kerana ia bertentangan dengan agama. -Gambar hiasan

"Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal 2013," tulis seorang individu.

Perkongsian berkenaan turut membuka topik tentang trend individu masa kini yang terlalu gemar berkongsi foto peribadi di media sosial.

"Itulah bahaya kongsi gambar di media sosial. Kita tak tahu ada orang dengki, lepas tu ambil gambar kita.

"Ada lagi mansia zaman sekarang buat perkara macam tu," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan khurafat seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan