GOLONGAN peniaga semestinya memiliki kesabaran yang tinggi kerana perlu melayan pelbagai ragam pelanggan. Tambahan pula ungkapan Inggeris customer is always right terus sebati dalam masyarakat, maka apa sahaja kerenah pelanggan harus dilayan dengan baik. Pun begitu, tidak kurang juga yang gemar mengambil kesempatan menggunakan ungkapan tersebut. Seperti yang dialami Muhamad Hafriz Alias, dia bukan sahaja perlu melayan kerenah pelanggan tetapi terpaksa berjuang dengan pengendali aplikasi penghantaran bagi mendapatkan haknya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, pemilik Monsta Corndog dan Nasi Ayam Sambalado Sendoq Bonda itu mendakwa, dia berdepan seorang pelanggan yang kerap membatalkan pesanan selepas menerimanya. “Apabila semua makanan diterima, dia akan complain dan kemudian khidmat servis Foodpanda akan batalkan pesanan. “Selepas itu saya akan terima notifikasi memaklumkan bahawa saya tidak akan dapat bayaran untuk pesanan tersebut. “Jika saya tetap mahukan bayaran berkenaan, saya perlu menghubungi khidmat servis Foodpanda untuk pertahankan produk yang dijual,” ujarnya yang berniaga di Taman Desa Dahlia, Senawang, Negeri Sembilan. Pelanggan membatalkan pesanan selepas menerimanya. Dakwa Hafriz lagi, kebanyakan pesanan yang dibuat pelanggan berkenaan juga berjumlah lebih RM30. Pelanggan berkenaan dikatakan bukan hanya memesan nasi ayam tetapi turut mendapatkan minuman mocha latte serta snek sampingan seperti cendawan enoki rangup. Disebabkan harga bagi setiap makanan adalah tinggi, Hafriz berkata dia nekad dan berkeras untuk menuntut bayaran daripada pihak Foodpanda. “Saya mula perasan dia batal pesanan pada Januari 2023 sebab alasan dia tak logik. Katanya nasi basi, sambal terlebih pedas selain ayam masak tak sekata. ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan lambat siap, pelanggan selamba cancel! Rider kata mereka pun kena ‘sidai’, jangan marah suka hati ARTIKEL BERKAITAN: Bengang dengan aplikasi! Kedai tutup tapi tak boleh batal order... Pelanggan berlapar sepanjang malam, masa 4 rider terbuang “Sedangkan pada hari yang sama saya menerima maklum balas lima bintang daripada pelanggan lain. Sudah lebih lima kali dia melakukan perkara sama. “Jumlah sebenar kerugian saya tak pasti sebab jarang tengok nama customer pada resit especially waktu tengah banyak pesanan,” luahnya lagi. Umpama ingin menikmati hidangan percuma, individu tersebut dikesan sekali lagi membuat pesanan pada minggu lepas. Mana tidaknya, dia memberi maklum balas negatif tetapi masih lagi membuat pesanan di kedai yang sama. Sudah lebih lima kali dia melakukan perkara sama. HAFRIZ ALIAS Kali ini, pemuda berusia 35 tahun itu enggan duduk diam melayan ragam pelanggannya itu. “Saya tak pernah hubungi dia bertanyakan tentang tindakan yang dilakukan itu. Tapi nombor telefonnya baru sahaja diperoleh minggu lepas semasa dia membuat pesanan baharu. “Itupun selepas saya kenal pasti namanya untuk tindakan lanjut,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Tumbuhan dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu lagi. Set nasi ayam yang sering ditempah pelanggan terbabit. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang nasib yang menimpa perniagaan Hafriz. Rata-rata memintanya berjumpa dengan individu terbabit. "Awak tulis nota letak dalam bungkusan dia... tanya nak cancel sebab apa kali ni? Hari ni tak payah cancel, saya sedekah takut awak busung kalau makan tak bayar. "Pergi rumah dia, kenalkan diri sebagai pemilik kedai kemudian tanya baik-baik apa masalah makanan... tengok dia cuak (takut) atau tidak, tapi kita cool like a boss. "Selitkan buku surah Yasin, harap-harap dia insaf," ujar warga maya. Antara komentar yang ditinggalkan warga maya. Bercerita tentang perniagaan makanan yang diusahakannya, Hafriz berkata dia memulakannya pada 2020 selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Minat mendalam dalam industri makanan dan minuman membuatkan dia berani mengambil risiko dalam perniagaan. Malah sejak kecil anak bongsu ini sering membantu ibunya memasak di dapur. “Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya bekerja di kedai makan selama tiga bulan sebelum sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Johor. “Sepanjang kerja, saya tengok bos sentiasa ada masa untuk keluarganya. Contohnya apabila ada ahli keluarga yang sakit, dia terus tutup kedai selama dua hingga tiga hari. Haff (duduk kanan) bersama keluarganya. “Dia juga selalu cakap, inilah untungnya kerja sendiri... kita bos, kita kuli dan pada bila-bila masa nak cuti untuk hal penting, tak ada yang marah mahupun larang,” ceritanya. Pun begitu, Hafriz berkata keluarganya pernah menaruh harapan untuk melihat dia menjadi seorang doktor berikutan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. "Kalau ikutkan, keluarga nak lihat saya jadi doktor sebab keputusan SPM 8A 2B. Tapi saya pula ada traumatophobia dan hematophobia... itu yang sambung pengajian dalam bidang biotek tumbuhan. "Sebelum berniaga, saya sempat kerja makan gaji di beberapa buah syarikat. Dua tahun dalam bidang pengajian manakala tujuh tahun berkaitan perniagaan," tambahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube