suria

Ramai ‘murung’ tengok pasangan ‘terlajak manja’ makan sambil borak, geli si pakwe kunyah fries sampai nak tersembur

Pasangan kekasih sedang berbual mengenai hubungan mereka.

FASA bercinta segala-galanya manis, betul ke?

Jika ada pertikaian dan persoalan, pasti disuarakan dengan nada bergurau manja.

Benarlah kata orang, masa bercinta 'kentut pun wangi'.

Tular satu video di media sosial memaparkan individu lelaki dan perempuan dipercayai sepasang kekasih sedang menikmati kentang goreng bersama sos.

Aksi teman lelaki yang bercakap sambil mengunyah makanan.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, kedua-duanya berbual sambil makan, membincangkan mengenai hubungan mereka.

"Awak dah banyak susah jaga saya," kata teman lelaki berkenaan dengan gaya manja sambil mengunyah kentang goreng.

"Susah apa macam tu you," balas si gadis.

Pemuda itu kemudian bertanya sama ada kekasihnya cemburu sekiranya terdapat pihak lain yang sedia menawarkan diri untuk menjaga dirinya.

"Kalau orang lain jaga saya, apa yang awak akan buat?" soalnya lagi.

Antara soalan yang diajukan teman wanita.

Sambil merenung pada siling, gadis tersebut mempersoalkan pula keikhlasan pihak ketiga untuk menjaga teman lelakinya.

"Ikhlas ke dia nak jaga you? I tanya you balik," balas teman wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Kelantan masih berbisa! Main TikTok terus jumpa jodoh pemuda Sabah pandai mengurut... Bahagia sulam cinta beza usia 35 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat

Dengan riak wajah manja, lelaki tersebut cuba bergurau dengannya.

"Ikhlas ke awak nak jaga saya," ujarnya.

Tak lalu nak makan kalau orang kunyah makanan sambil bercakap dan terkeluar-keluar begitu.

NETIZEN

Kedua-dua mereka hanya ketawa mesra sambil menikmati kentang goreng sebelum video tersebut diakhiri dengan pertanyaan daripada pemuda berkenaan.

"Itu soalan ke cemburu?" soalnya sambil mengunyah kentang goreng.

Video yang dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter diulang kicau lebih 4,000 kali.

Aksi manja pasangan ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang melihat aksi manja pasangan itu, malah ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang menggelikan.

"Gelinya tengok. Apa makan sambil cakap, macam kunyang mash potato.

"Perempuan tu tak rasa nak ludah ke tengok muka gedik lelaki tu. Ye la, cinta itu unik.

"Aku tahu perempuan tu tengah bersabar je, takut tersembur kentang goreng kat muka.

"Tak lalu nak makan kalau orang kunyah makanan sambil bercakap dan terkeluar-keluar begitu. Bukan nak face shaming.

"Tengok video ni aku terus jadi jijik nak makan kentang goreng," komen netizen.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ia rakaman perbualan secara natural atau sekadar content di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain