suria

Bapa ‘serabut’ cari duit RM1,500 tak jumpa, rupanya anak 6 tahun buat sedekah di sekolah... Kena bebel langsung tak ‘angkat’ muka

Raiza membawa sejumlah wang untuk belanja rakan-rakan tadikanya.

RAGAM anak-anak sememangnya mencuit hati namun kadangkala boleh mencabar kesabaran ibu dan bapa.

Seperti rakaman video tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dimarahi bapanya selepas 'ditangkap' membawa beberapa keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 ke sekolah.

Kesemua duit tersebut diisi dalam beg sekolah yang dikatakan baharu saja dibeli untuknya.

Menurut bapanya, dia membawa duit tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan yang dikatakan daripada keluarga susah di sekolah.

“Dekat kawan berapa orang bagi? Seorang saja, sebab apa... dia susah?

“Allahuakhbar, dia kata kawan susah, lepas tu dia bawa duit banyak. Rupa-rupanya duit abah dia hilang, selamat abah jumpa hari ni sebab Allah nak tunjuk.

“Banyak hari abah cari... beg baru beli, dia letak duit abah dalam ni bawa pergi sekolah nak tolong kawan-kawan susah,” ujarnya si bapa.

Malah dia turut menasihati anaknya supaya tidak melakukan perkara begitu pada masa hadapan.

Raiza (duduk kiri) merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Raiza (duduk kiri) merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Bercerita kepada mStar, Noor Erwan Mohamad Nor Din berkata, dia terkejut apabila anak keduanya itu menceritakan keinginan untuk membantu rakan yang susah.

Malah anaknya yang baru berusia enam tahun mengakui bermurah hari membelikan makanan untuk kawan-kawannya setiap hari.

“Tiga hari lepas duit hilang sebanyak RM1,500. Memang saya selalu asingkan duit jualan untuk bayar barang.

“Tapi kali ini saya tak ingat sebab terlampau sibuk. Tiga malam juga saya fikir mungkin duit tu saya dah masukkan ke dalam bank atau bayar barang lain,” ujarnya yang berniaga char kuey teow di Taman Jawi Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar je la! Pengasuh baik sangat, bayi tak nak balik dari taska... ibu pasrah yang penting anak wangi, badan ‘clear’ tiada kesan cedera

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu seram sejuk tiba-tiba anak sulung umur 3 tahun meraung panggil kakak... “Mummy belakang kamera dah mengucap panjang”

Kata Erwan lagi, dia hanya mengetahui duit tersebut berada di dalam beg anaknya, Nurayrazia Rizqa selepas dimaklumkan ketika mengambil kanak-kanak itu pulang dari sekolah pada Khamis.

“Dia cakap ‘abah setiap hari Razia belanja kawan-kawan makan dan tolong orang susah’. Saya pun hairan sebab tak pernah bagi duit, lagipun sekolah dia ada makanan percuma.

“Pada masa tu, saya ingat kakak dia bagi... apabila dia tunjuk pada saya duit dalam beg, memang saya terkejut,” ujarnya lagi.

Menurut Noor Erwan, baki yang tinggal di dalam beg anaknya itu hanyalah RM900.

Saya pun dah maklum pada guru dia kalau ada yang ambil duit, saya sedekahkan

NOOR ERWAN MOHAMAD NOR

BAPA

Pun begitu, dia tidak memarahi anaknya malah menghalalkan semua duit yang sudah digunakan.

Lagipun anaknya menyatakan dia membantu kawan-kawan yang susah.

“Yang hilang tu pun saya dah malas nak ingat... tiba-tiba dia tunjuk duit pada saya sambil cakap nak sedekah kat orang susah.

“Saya pun dah maklum pada guru dia kalau ada yang ambil duit, saya sedekahkan,” katanya yang memulakan operasi perniagaan dari jam 4 petang hingga 11.30 malam setiap hari.

Noor Erwan berniaga di Seberang Perai, Pulau Pinang sejak sembilan tahun lalu.

Noor Erwan berniaga di Seberang Perai, Pulau Pinang sejak sembilan tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari kalangan ibu bapa turut berkongsi kisah anak masing-masing.

“Naya... anak saya ambil duit dalam bag duit, dia letak dalam tabung dia.

“Sama anak nombor dua saya. Dia simpan duit kemudian belanja dan bagi kawan.

“Bagusnya adik. Kecil-kecil dah pandai nak tolong orang.

“Alhamdulillah sayang. Daripada kecil awak dah ada sifat kesian kat kawan susah... apa pun lain kali minta izin ibu dan ayah dahulu,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain