suria

Isteri pertama tarik kesenangan suami, Honda ganti dengan Viva... Madu malu tak jadi honeymoon di hotel mewah

Sesetengah perkahwinan poligami lebih banyak 'pahit' berbanding 'manisnya'. -Gambar hiasan

DITELAN mati emak, diluah mati bapa.

Demikian ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi wanita ini apabila dia berdepan dilema dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju perkahwinannya.

Menurut wanita yang memegang status isteri kedua tetapi tidak mendedahkan identiti diri itu, masalah bermula apabila madunya (isteri pertama) secara perlahan-lahan mula merampas harta benda yang pernah dimiliki suaminya.

"Aku hampir lapan bulan kahwin dengan suami orang, kami kahwin atas persetujuan bini pertama suami aku, kahwin pada bulan Mac tahun ni.

madu 1

Lelaki yang berhasrat untuk berpoligami perlu menyiapkan diri agar dapat menyiapkan keperluan untuk isteri-isterinya. -Gambar hiasan

"Masa aku dan suami pergi honeymoon dekat Langkawi, aku dah booking bilik hotel RM4,500 untuk tiga malam. Tiba-tiba madu aku block kad kredit suami aku.

"Malu masa nak check-in. Terpaksa cancel bilik tu, tukar bilik yang harga RM600 untuk 3 malam. Tapi suami tak nak call bini dia untuk tanya," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami madu berempat elok je” - Sendiri dah terkena! Isteri kedua minta wanita jangan over benci poligami, takut ‘makan diri’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”

Tambah wanita berkenaan, sudahlah bulan madunya diganggu dengan insiden memalukan, namun episod gangguan daripada isteri pertama suaminya tidak habis setakat itu.

"Balik je rumah, kosong... hanya tinggal TV, peti sejuk dan satu tilam tanpa katil. Kami tinggal dekat rumah taman, sebelum ni madu aku buat homestay rumah tu, barang-barang lengkap semua.

"Suami beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250 dekat bini dia. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.

"Kereta suami dulu guna Honda HRV, bini dia pergi tukar bagi Viva ja. Madu aku ada dah dua buah kereta besar, Honda ni pun dia nak juga. Malu nak balik rumah mak aku.

"Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya dia tak pernah kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dengan suami sengsara," luahnya.

Kahwin sebab harta begitu la. Bila susah terus tak tahan. Terus nak berpisah.

NETIZEN

Selepas semua tindakan yang dilakukan oleh madunya, wanita tersebut berkata dia akhirnya mendapat tahu perkara sebenar sekali gus membuatkannya 'terduduk'.

"Suami aku janji nak bagi aku kesenangan, rupanya dia pun tak kaya. Yang kaya madu aku, suami aku kerja dengan bini dia.

"Baru aku tahu bukannya suami aku bos. Nak berpisah malu dengan adik beradik aku... dengan mengandung lagi ni," kongsinya.

Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff dan sehingga kini meraih 1,559 ulang kicau.

komen madu

Sebahagian daripada komen netizen terhadap kisah wanita berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut namun menyifatkan apa yang berlaku adalah 'balasan' kerana sikapnya yang materialistik.

"Kesian, dah tahu laki orang kau nak juga lepas tu kau pula nak banyak complain. Berpijaklah atas bumi nyata, laki dah la tak kaya, hidup pun menumpang senang bini... lepas tu ada hati nak kawin lain.

"Kahwin sebab harta begitu la. Bila susah terus tak tahan. Terus nak berpisah. Balik kampung guna Viva pun malu... apa entah perangai.

"Miskin tak berharta, menumpang harta bini lagi pun ada hati nak tambah cawangan. Yang perempuan ni pun satu hal juga, konon nak jadi madam besar... last-last kena kitai dalam diam dengan madu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain