suria

Hantar air pun gagal! Pelanggan geram, ‘highlight’ 4 kesilapan rider... Kalau tak rasa bersalah eloklah dibuang kerja

Keadaan minuman yang dipesan pelanggan tersebut yang tertumpah selepas diserahkan kepadanya.

BAYANGKAN makanan atau minuman yang dipesan sampai dalam keadaan tumpah, rosak atau tidak sempurna.

Sudah pasti mana-mana pelanggan pun akan berasa kecewa serta terkilan, lebih-lebih lagi selepas lama menunggu.

Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki ini apabila mendakwa minuman yang dipesan menerusi sebuah syarikat penghantaran makanan (delivery), sampai ke tangannya dalam keadaan yang amat mengecewakan.

"Minta tolong siapa-siapa kenal dia (rider) ni, tolong bagi nasihat sikit. Tak gentle la begini. Kalau begini gaya, tak payah jadi rider delivery la.

"Aku pun part-time rider juga tapi tak adalah smpai begini nak naya orang," tulisnya dalam satu hantaran di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia.

rider 2

Individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati di Facebook.

Menambah rasa sakit hatinya, dakwa lelaki tersebut, penghantar makanan yang ditugaskan untuk membawa pesanannya bersikap sambil lewa dan tidak amanah.

"Pertama, lambat. Okay lagilah sebab katanya nak berhenti solat.

"Kedua, tak hantar (makanan) sampai atas. Bukan ada guard minta lesen atau kad pengenalan tak bagi naik atas. Tak apa lagi, boleh lagi nak turun ambil sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup salahkan peniaga guna cawan plastik, rider juga marahkan jalan ‘cantik’ di Malaysia punca air pelanggan tumpah

ARTIKEL BERKAITAN: Rider muka garang cemas kopi habis tumpah... reaksi pelanggan ‘kempunan’ memang tak disangka –“Esoknya terkejut dapat bungkusan”

"Ketiga, tak ada call pun masa dah sampai. Bukan semua orang menghadap telefon perhati kau dari awal kau receive order sampai kau deliver depan rumah. Tak apa, fahamlah kot nak kejar order.

"Keempat, makanan rosak. Kau dah rosakkan makanan dan minuman orang lepas itu menyusahkan lagi orang nak kena turun pula ambil. Tak ada inform apa-apa, tak ada minta maaf apa, terus tinggal lepas itu 'delivered'. Yang ini yang bikin panas," luahnya geram.

rider 3

Tangkap layar perbualan antara individu berkenaan dengan rider.

Menerusi perkongsian itu juga, lelaki tersebut memuat naik gambar tiga cawan minumannya yang comot dan tertumpah dalam bungkusan plastik.

Dia turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan rider berkenaan menerusi aplikasi pada sistem berkenaan.

Berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut, rider itu memaklumkan dia meletakkan pesanan lelaki berkenaan di atas peti surat.

Berkongsi lebih lanjut, lelaki berkenaan berkata perkara ini tidak akan menjadi isu yang besar sekiranya rider itu mengambil pendekatan untuk berterus terang.

Aku kalau air tumpah sikit pun, aku minta maaf dekat customer dan minta dia report dekat Grab. Adab itu penting kawan-kawan.

NETIZEN

"Kalau dah buat salah, inform sajalah customer kau... benda boleh budi bicara. Ini tidak. Sorry la terpaksa report Grab untuk minta ganti rugi.

"Harap kena warning sajalah, jangan kena buang. Itu pun kalau ada rasa bersalah la. Kalau tak ada rasa bersalah langsung tu, eloklah kot kena buang terus," luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi bercampur dengan ada yang mempertahankan rider berkenaan.

"Bukan salah rider saja... kadang-kadang packaging vendor pun tak bagus. Penutup tak rapat. Jalan pun berlubang-lubang.

"Kalau jadi kes macam ni, report dekat Grab sajalah... bukan semuanya salah rider pun," demikian antara komen netizen.

komen rider

Antara komen netizen pada perkongsian berkenaan.

Namun begitu, kebanyakannya berpandangan rider wajar menjadi lebih bertanggungjawab kerana sudah diamanahkan untuk membawa pesanan pelanggan.

"Aku kalau dapat order air, aku minta vendor packaging elok... siap minta plastik dan holder lagi.

"Dia ni budak SPM yang baru buat job ke? Sebab macam tak ada pengalaman bawa air.

"Aku kalau air tumpah sikit pun, aku minta maaf dekat customer dan minta dia report dekat Grab. Adab itu penting kawan-kawan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain