suria

Sayu tengok ikan kesayangan pening, menggelupur dalam akuarium sebelum mati - “Dulu mula bela saiz dua jari je”

Ikan ini mati selepas lima tahun bersama pemiliknya.

SETIAP permulaan pasti ada pengakhirannya, begitu jugalah kehidupan ini yang ada hidup dan mati.

Seorang wanita berdepan kisah tragis apabila ikan peliharaannya yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh akhirnya mati.

Berkongsi cerita di TikTok, wanita itu yang dipercayai membela ikan arowana berkata segalanya bermula apabila dia menukar air di dalam tangki akuarium yang menempatkan ikannya itu.

Seorang wanita berusaha sedaya upaya menyelamatkan ikan peliharaannya.

Ikan berkenaan bagaimanapun mula bertindak di luar kebiasaan sejurus dimasukkan semula ke dalam akuarium dengan air yang baharu.

"Selamat tinggal ikan kesayangan kami. Hampir lima tahun bersama akhirnya mati juga. Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini," tulis wanita itu di ruangan kapsyen dengan perasaan pilu.

Mengimbas kembali insiden itu, wanita berkenaan menganggap ikannya itu tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam akuarium setelah dibersihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi ikan mas terapung... Wanita selamba isi air paip selepas tolong cuci akuarium bos, sudahnya semua temui ajal!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Ikan di kolam pancing ‘berdiri straight’ sebelum mati semuanya - “Mak, ayah mungkin menoreh semula”

"Kisah bermula lepas tukar air. Tiba-tiba ikan jadi agresif macam pening-pening. Semua benda dia langgar. Memang sedih sangat bila tengok waktu tu.

"Dia langgar semua benda dalam akuarium tu sampai habis luka dekat bahagian muka dia. Dalam sejam lepas tu dah tak ada (mati)," cerita wanita itu memberikan gambaran tentang apa yang terjadi kepada ikannya.

Lebih menyayat hati adalah apabila wanita tersebut mengimbau bagaimana dia membesarkan ikannya itu dari bersaiz kecil sehingga besar.

Ikan aku mati, seminggu aku tak boleh move on, aku tengok je akuarium dia sambil menangis rindu.

WARGA MAYA

"Lagi sedih teringat masa mula-mula bela besar dua jari sampai la sekarang jadi sebesar ni. Sebelum ni memang tukar air tak ada masalah pun.

"Mungkin memang dah ketentuan usia dia setakat ni je dan punca tukar air hanya jadi asbab dia mati," ujar wanita itu cuba berdamai dengan takdir.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya merangka teori tentang punca yang menyebabkan ikan peliharaan itu mati.

Setelah sejam bergelut, ikan wanita ini tidak lagi memberikan respons.

"Ikan jadi stres selepas tukar air, mungkin keseimbangan asid dan alkali (pH) dalam air tak sesuai dengan ikan tu.

"Pernah bela ikan juga, masa tukar air, kena tinggalkan separuh air lama dalam akuarium dan campurkan dengan air baharu. Ini apa yang saya belajar.

"Mungkin ajal ikan itu, mungkin dia jadi tak keruan sebab tengah mengalami sakaratul maut, nyawa dia sedang ditarik, insaf sekejap," ujar sebahagian warga maya.

Momen-momen terakhir ikan peliharaan wanita ini sebelum mati.

Warga maya lain pula menceritakan pengalaman sama kehilangan ikan peliharaan mereka.

"Pengalaman sama macam tu, akhirnya jadi lauk paling mahal selepas kejadian.

"Aku lain pula, aku tak sanggup makan, ikan aku mati, seminggu aku tak boleh move on, aku tengok je akuarium dia sambil menangis rindu.

"Ikan peliharaan aku mati, aku masak jadi lauk tiga rasa, kita hormati pemergian dia," kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain