suria

Minat sinematografi, superhero... Pelajar UUM berangan jadi Syamsul Yusof! Banyak hasilkan video gempak, kreatif

Irfan gemar menghasilkan video kreatif yang dikongsikan di TikTok.

FILEM superhero semestinya diminati pelbagai golongan masyarakat kerana menampilkan watak adiwira yang gagah sehingga memberi impak besar dalam industri perfileman dan menyumbang kepada kutipan tertinggi.

Sesetengah individu, selain jalan cerita mereka teruja meneliti kesan khas yang menakjubkan, sinematografi, aksi, persembahan pelakon dan skor atau muzik yang melatari filem bagi menambahkan intensiti.

Genre seperti ini juga sering menjadi rujukan kepada pelajar mahupun mereka yang meminati bidang perfileman dan penghasilan video.

Peralatan kamera miliknya dibeli selepas SPM.

Peralatan kamera miliknya dibeli selepas SPM.

Seperti anak muda berusia 21 tahun ini, dia menjadikan filem superhero sebagai sandaran untuk bergiat lebih aktif dalam penghasilan video.

Malah Muhammad Irfan Danish Awis Yusni sering menjadikan sinematografi dan jalan cerita dalam setiap filem yang ditonton sebagai ‘guru’.

“Apabila tengok apa-apa filem, saya banyak fokus pada sinematografi dan juga sortyline... daripada situ juga saya dapat idea-idea dan cuba belajar untuk menghasilkan effect yang pelbagai,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mula menceburi bidang penghasilan video sejak kecil, dia kini menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan kerana sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Sejak kecil memang suka buat video tapi saya sedar yang saya betul-betul minat untuk buat video ketika berada di tingkatan 5 dan masa tu pendorong saya buat video adalah pempengaruh terkenal seperti Mshaffuan dan Sofyan.

“Malah Syamsul Yusoff sebagai impian akhir saya untuk jadi pengarah filem... saya juga minat buat content untuk platform sosial media selain turut menyediakan perkhidmatan videografi,” ujarnya yang bergerak solo atau freelance.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak reti duduk diam! Sibuk menari, aktif sertai aktiviti dalam kampus... pelajar buktikan mampu dapat pointer gempak

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari melaram pergi kelas, gadis cantik miliki 90 peratus baju bundle... aktif buat vlog sampai mampu bayar yuran sendiri

Bagi anak kelahiran Langkawi, Kedah ini, minat ini bukan sahaja membuka peluang pada masa hadapan tetapi mendorongnya menjadi seorang yang berdikari dan kurang kebergantungan kepada ibu bapa.

Bermula dengan menghasilkan video perkahwinan rakan bapanya secara percuma, dia kini bergiat aktif dan menyediakan perkhidmatan juruvideo sejak dua tahun lalu.

Malah dia memasang impian untuk berjaya seperti mshaffuan dan beberapa individu lain yang menghasilkan video untuk artis.

Boleh dijadikan backup pada masa hadapan kerana saya boleh buat dua kerja dalam satu masa... iyalah, ekonomi sekarang pun agak mencabar.

IRFAN DANISH

“Untuk job pertama sebelum ada equipment sendiri, saya kerja sambilan sebagai content creator untuk sebuah syarikat.

“Masa tu selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), jadi duit dari situ saya kumpul di samping sedikit bantuan daripada parents, saya beli equipment.

“Kemudian saya kenal dengan seorang kawan dari Perlis, saya ikut dia untuk ambil pengalaman dan belajar... manakala job wedding pertama, saya buat secara percuma sahaja untuk rakan ayah supaya dapat jadikan portfolio,” kongsinya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Antara koleksi video kreatif yang dihasilkannya.

Antara koleksi video kreatif yang dihasilkannya.

Merupakan seorang ambivert, dia yang mesra di sapa Irfan lebih gemar bergerak sendiri.

Meskipun mempunyai minat mendalam dalam bidang videografi, anak muda ini memilih bidang pengajian yang berbeza.

“Saya ambil jurusan ini kerana enggan ibu dan ayah berasa bimbang sekiranya saya tiada pekerjaan selepas tamat belajar... macam nak sedapkan hati mereka.

“Lagipun, ia boleh dijadikan backup pada masa hadapan kerana saya boleh buat dua kerja dalam satu masa... maklumlah ekonomi sekarang pun agak mencabar,” jelasnya.

Bagi Irfan, minatnya itu boleh diasah melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus persendirian mahupun menimba pengalaman daripada individu ternama serta pembacaan.

Dia juga pernah menyertai beberapa pertandingan video termasuk anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain