suria

Tak mahu bersangka baik! Ibu marah ada orang ‘curi’ ambil gambar anak, lelaki terketar-ketar padam - “Delete sekarang, I tak bagi kebenaran”

Keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa. -Gambar hiasan

DUNIA luar tidak semuanya indah dan tidak semua manusia di dunia ini baik-baik belaka.

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memerhatikan anak-anak agar mereka terhindar daripada sebarang perkara tidak diingini disebabkan sikap tidak baik orang lain.

Demikian iktibar yang dipelajari wanita ini apabila gambar anaknya diambil tanpa izin oleh individu tidak dikenali.

Ciapan asal di Twitter.

Walaupun alasan yang diberikan si pelaku tidak menunjukkan dia mempunyai niat tidak baik, namun wanita itu memberi peringatan kepada kita semua bahawa rambut manusia sama hitam, hati lain-lain.

"Saya pernah sekali di taman permainan, saya nampak seorang lelaki bersembang dengan anak dari jauh. Saya tengok je.

"Kemudian dia ambil gambar anak saya. Saya terus datang ke arah lelaki tu dan tanya you ambil gambar anak I ke? Boleh buka handphone?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah naik kereta mahal” - Wanita mengidam naik Ativa putih syukur ada insan faham ibu hamil, excited sampai lupa ambil gambar

ARTIKEL BERKAITAN: Oppa di LIMA '23 terkedu awek Melayu fasih cakap Korea, rupanya memang sekampung! Sanggup patah balik beri souvenir

"Lelaki tu mengaku, memang ada ambil gambar anak lelaki saya sebab dia bijak dan nak share dekat kawan dia," cerita wanita itu mengenai insiden tersebut.

Menurut wanita itu lagi, dia berkeras meminta lelaki berkenaan untuk memadam gambar anaknya sesegera mungkin.

"Saya cakap dekat dia tak boleh buat macam tu. Tak boleh ambil gambar seseorang tanpa kebenaran atau pengetahuannya. Jangan hanya main snap.

Kita tak tahu jika orang itu pedofil, gila seks atau sebagainya, kena hati-hati.

WARGA MAYA

"Saya minta dia delete sekarang. Ini anak saya dan saya tak bagi kebenaran. Dia tanpa banyak soal bersetuju untuk delete gambar tu terus.

"Terketar-ketar tangan dia waktu nak delete gambar-gambar tu. First time nampak seorang lelaki takut sampai macam ni. Dia minta maaf berkali-kali," ujar wanita itu.

Menerusi insiden itu, wanita tersebut mendapat beberapa pengajaran yang penting pada masa akan datang.

"Pertama, kita kena beritahu anak kita yang jangan cakap langsung dengan orang asing. Zaman sekarang ni tak boleh bersangka baik.

"Kedua, kalau rasa curiga, ambil tindakan dan jangan hanya menunggu. Kena beranikan diri. Jangan rakam insiden tu untuk diviralkan ke media sosial dan dibincangkan. Settle terus di situ." ujarnya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menceritakan pengalaman mereka dalam situasi sama.

"Saya pernah macam ni dekat kedai perabot. Pekerja tu warga asing. Dia selfie dengan anak. Suami tak nampak tapi saya perasan. Saya terus pergi berdepan dengan dia sebab saya bukan jenis takut punya orang.

"Dia cakap dia selfie dengan anak sebab nak tunjuk dekat anak dia di kampung. Sikit pun saya tak percaya. Saya beritahu suami suruh dia delete atau saya akan heret dia ke balai polis.

"Saya kadang tak sampai hati nak tegur orang macam ni, sebab nampak diorang ikhlas happy dengan anak kita waktu tu. Tu yang rasa berat hati nak kacau takut rosak mood diaorang.

"Selepas tengok ni baru saya sedar kepentingan untuk dapatkan kebenaran, kita tak tahu jika orang itu pedofil, gila seks atau sebagainya, kena hati-hati," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain