suria

Hati-hati buka mesej kad kahwin digital, rupanya scammer hantar fail godam telefon... Risau mak ayah tak faham, senang jadi mangsa

Scammer menggunakan kad jemputan kahwin digital untuk mengumpan mangsa.

SELEPAS menyamar pegawai bank, pengutip cukai mahupun penyedia perkhidmatan telekomunikasi, kini scammer menjadikan kad jemputan kahwin versi digital sebagai medan untuk mengaut keuntungan daripada mangsa.

Seiring perkembangan zaman serba canggih, teknologi mendorong pasangan pengantin menggunakan kad digital kerana lebih mudah selain tidak hilang sekiranya diberikan awal kepada tetamu jemputan.

Menerusi twit seorang individu di Twitter, dia berkongsi tangkap layar mesej aplikasi WhataApp tentang modus operandi pihak scammer memperdaya mangsa.

Fy5PPqMacAUgeS7

Kad jemputan digital yang dihantar scammer.

"Cara baru scammer buat kerja. Tolong ingatkan mak, ayah, pakcik, makcik kita supaya jangan install atau tekan apa-apa link jemputan daripada nombor yang tidak dikenali," ciapnya ringkas memberi pesanan.

Berdasarkan tangkap layar itu, pengirim dilihat cuba mempengaruhi penerima mesej yang dikenali sebagai Zaiton Othman untuk memuat turun aplikasi APK (Android Package Kit) untuk mengetahui maklumat lanjut tentang jemputan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mau buat semakan, putuskan talian” - Scammer gelabah, ‘hilang dari radar’ selepas ‘diajar’... hati tisu rupanya

ARTIKEL BERKAITAN: 14 tan tembikai perlu dihabiskan! Peniaga kena scam terpaksa jual murah... Trafik sesak, pelanggan serbu sampai diarah tutup kedai

"Sila klik dan install, nampak kad kahwin digital kami... agar nak tahu siapa," balas pengirim selepas diaju penerima tentang identitinya.

Bagaimanapun difahamkan jika seseorang ini memuat turun aplikasi berkenaan, semua maklumat peribadi dalam telefon mudah alih akan 'dirampas' scammer.

Kalau atuk aku confirm dia tekan... bahayanya scammer sekarang.

WARGA MAYA

Mesej peribadi juga dapat diakses pihak ketiga seterusnya membolehkan mereka mendapatkan nombor TAC yang sering diperlukan untuk pengesahan sebarang transaksi perbankan internet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan rasa terkejut dengan taktik baharu scammer.

"Makin hari makin canggih dan pelbagai idea tercipta... sering bertukar ganti.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Jadi, berhati-hati dengan taktik scammer zaman sekarang, jangan mudah terpedaya.

"Orang-orang tua yang less tech savvy senang tertipu dengan benda ni. Kalau atuk aku confirm dia tekan... bahayanya scammer sekarang.

"Ilmu asas untuk semua. Kalau hujungnya format .apk, itu adalah aplikasi. Boleh jadi untuk hack atau curi info daripada telefon. Kalau kad kahwin biasanya hujungnya .pdf.

"Gigih sungguh scammer ni cari jalan perdayakan orang," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain