suria

Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan... Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham

Seorang lelaki kesal dengan pelanggan yang membiarkan anak mereka bising di sebuah kafe.

HATI siapa yang tak sakit di saat hendak menjamu selera dengan tenang, tiba-tiba ada bunyit bingit suara kanak-kanak memekik sehingga menyakitkan telinga.

Begitulah nasib malang yang menimpa sejumlah pelanggan di sebuah kafe popular, baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, ia menunjukkan keadaan sekitar di dalam sebuah kafe dan kedengaran suara seorang kanak-kanak menjerit.

Jeritan tanpa henti itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang beberapa pelanggan yang berada di premis tersebut.

Pelanggan (bulatan putih) rancak berbual tanpa mempedulikan keadaan anak mereka.

Menurut lelaki yang memuat naik video tersebut, dia kesal dengan sikap ibu bapa kepada kanak-kanak itu kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

"Tolonglah jadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Orang ramai sakit hati tau tak.

"Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak ditegur. Kami semua tak nak dengar anak awak menjerit dengan pitch tinggi," katanya.

Malah dia mendakwa terdapat segelintir pelanggan yang terpaksa 'angkat kaki' gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising teriakan kanak-kanak berkenaan.

Namun orang ramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana ibu bapa kanak-kanak itu tidak mempedulikan anak mereka membuat bising di premis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh influencer tak puas hati dipandang serong gara-gara anak bising di kedai... Rupanya ada cara berkesan diamkan budak selain 'tablet'

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bising mak ayah tak guna 'akal', gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... "Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam"

"Ramai terpaksa balik sebab annoyed (geram). Sebab tahu kalau tegur pasti gaduh!

"Kalau dah decide nak duduk restoran tertutup, tolonglah bertimbang rasa. Jangan pentingkan diri sendiri," ujarnya menerusi video berdurasi 29 saat itu.

Beberapa pelanggan yang masih berada di kafe ketika kejadian.

Dia turut menegaskan bahawa anak kepada pasangan yang tidak bertimbang rasa itu bukan menghidap autisme atau sindrom down yang mungkin dikaitkan dengan tantrum.

Menurutnya lagi, beberapa pelanggan di kafe itu merakam kanak-kanak tersebut menjerit sebagai tanda protes.

Nangis sekejap tu okay lah, kita pun faham... tapi kalau anak aku jerit-jerit macam ni terus bungkus makanan.

NETIZEN

"Ada orang lain yang rakam, siap play balik bunyi anak awak menjerit. Orang pandang-pandang awak, awak tak peduli langsung.

"Saya tak cakap saya nak makan borak dengan senyap sunyi macam dalam hospital atau perpustakaan. Tapi tolonglah, anak awak tak tahu, awaklah tegur.

"Lain kali, borak dekat rumah. Buat Zoom atau Google Meet ke, tak kacau telinga orang lain," katanya.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan sikap ibu bapa berkenaan yang sengaja membiarkan anak mereka mencetuskan keadaan tidak selesa di kafe.

"Anak bunyi sikit pun kita dah gelabah. Hairan juga puak-puak ni.

"Kalau saya pun serabut ada budak yang menjerit tak berhenti ni. Nangis sekejap tu okay la, kita pun faham. Kalau anak aku jerit-jerit macam ni terus bungkus makanan.

"Malah anak autisme pun tak akan dibiar macam tu. Kami cuba peluk dan tenangkannya.

"Sebab tu saya selalu ingatkan dan pesan dekat anak supaya jangan bising dan hormat orang lain nak makan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain