suria

Serah tugasan macam hantar sihir voodoo, pensyarah sindir anak didik - “Ini bakal praktikal mengadu jadi hamba majikan”

Tanggungjawab seorang pensyarah untuk menegur kesilapan pelajarnya. -Gambar hiasan

KETIKA era media sosial rancak berkembang, luahan perasaan tentang sesuatu perkara juga menjadi semakin meluas sehingga boleh menjatuhkan air muka seseorang.

Begitulah teguran pedas lelaki ini kepada individu dipercayai seorang pensyarah berikutan tindakannya berkongsi tentang hasil kerja pelajarnya di Facebook.

Individu berkenaan yang juga dipercayai seorang pendidik tidak bersetuju dengan sikap pensyarah tersebut mengkritik pelajar sendiri di alam maya.

Universiti adalah fasa persediaan sebelum melangkah ke alam dewasa. -Gambar hiasan

"Pelajar hantar assignments tapi tak stapler, jadi kita minta dia datang dan stapler kerja masing-masing. Ini hasilnya dia bagi voodoo (sihir) dekat kita. Letak jarum ganti stapler.

"Ini antara bakal pelajar praktikal yang esok-esok akan mengadu jadi hamba majikan," kata pensyarah yang dimaksudkan dengan nada sinis dalam satu hantaran di Facebook.

Tidak sependapat dengan pendekatan pensyarah itu, individu yang berkongsi tangkap layar luahan berkenaan mengingatkan seorang pendidik seharusnya berperanan membimbing pelajarnya dan bukannya menyindir mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu umpan naik Nissan Skyline R34, murid lelaki paling teruja! Tapi ada syarat, bukan senang-senang dapat ‘nikmat dunia’

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu siasat murid tahun 6 kerap ponteng, terkejut tengok kena jaga ibu strok di rumah! Kakak, abang dah lama berhenti sekolah kerja di mall

"Sebagai pendidik, jangan generalisasi semua pelajar seperti apa yang pensyarah ni buat. Saya pernah jumpa pelajar begini, apa saya buat? Saya tegur baik-baik.

"Selepas ditegur dan mereka sedar, pelajar menghantar kertas tugasan dalam keadaan yang elok.

"Mereka masih perlu bimbingan, perli memerli tak akan bawa mereka ke mana-mana. Elakkan la mendidik dengan cara begini, saya minta elakkan," katanya lelaki itu memberikan nasihat.

Budak universiti, takkan nak buat kerja cincai-cincai, ingat ni masih sekolah ke.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mempersoalkan sama ada pensyarah itu sebenarnya sekadar mahu meraih populariti di media sosial.

"Tak boleh ke pergi jumpa budak tu cakap elok-elok? Cakap lain kali minta hantar tugasan macam ni, boleh tunjukkan terus dekat mereka. Atau pensyarah ni cuma nak jadi viral?

"Dulu zaman saya pensyarah ada juga marah-marah tapi tak ada la sampai nak bawa ke media sosial, habis terbuka aib semua.

"Macam terpaling baik pensyarah ni," kata warga maya.

Sebahagian komen warga maya.

Walaupun begitu, sebahagian warga maya juga sepertinya memihak kepada pensyarah tersebut dengan mengatakan pengajaran harus diberikan kepada pelajar sebegitu.

"Kata kunci dia adalah assignment. Apabila sebut assignment mestilah merujuk kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masuk ke pusat pengajian tinggi. Bukannya budak tadika yang kau nak ajar stapler kertas.

"Budak universiti, takkan nak buat kerja cincai-cincai, ingat ni masih sekolah ke.

"Budak kolej ni maksudnya dah berumur 18 tahun ke atas, mereka dah matang, kalau buat hal macam ni lagi maksudnya mereka dah naik lemak, kita kena ajar," kata sebahagian pelayar lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain