suria

Tadika ‘reject’ budak 6 tahun jika tak reti baca, mengira... Ibu terkejut silibus pendidikan awal tak macam dulu - “Laju-laju nak pergi mana?”

Kanak-kanak tidak seharusnya dibebani stres berlebihan ketika usia kecil. -Gambar hiasan

ANAK merupakan kurniaan Allah dan amanah terbesar bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Maka sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan memberi pendidikan sewajarnya mengikut tahap kemampuan anak-anak.

Namun alangkah terkejutnya seorang ibu dengan kepesatan sistem pendidikan sedia ada hingga mendakwa tidak selari dengan perkembangan awal kanak-kanak.

taska 1

Tadika adalah tempat untuk kanak-kanak belajar secara santai. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu dia merancang untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika tetapi soalan pertama daripada guru besar di pusat asuhan dan didikan itu menyebabkan dia panas hati.

"Kejamnya pendidikan awal sekarang ni. Saya nak masukkan anak ke tadika untuk kanak-kanak 6 tahun di kawasan berdekatan tempat kerja saya. Tadika biasa bukan yang ada cawangan.

"Tidak saya sangka, ini soalan guru besar di situ kepada saya... anak puan dah boleh membaca, mengira ke? Kalau belum, kami tak boleh ambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak istimewa buat ‘prank’ humban kek ke lantai, kelam-kabut sekeluarga! Pakat kepung macam jaga gawang gol

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak 10 pun belum tentu ikhlas nak bagi” - Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar, ‘geram’ suami tiada bantahan

"Ya Allah, ini tempat belajar untuk kanak-kanak kan. Di sini bukan ke sepatutnya belajar perkara asas seperti kenal huruf dan nombor.

"Adakah sekarang ni dah kena pandai baca novel baru boleh diterima?," soal wanita itu.

Dalam pada itu wanita tersebut sempat mengimbas bagaimana dia melalui zaman pendidikan awal kanak-kanak.

pendidikan awal di masanya dahulu yang lebih terbuka dan tidak terlalu mengongkong.

Kami sebagai cikgu pun dilema, sepatutnya usia macam ni masih lagi belajar dalam keadaan fun learning.

WARGA MAYA

"Zaman 80an dulu, fungsi tadika adalah untuk kanak-kanak berumur 6 tahun adalah untuk mengajar aktiviti seperti menyanyi lagu ABC, Twinkle Star dan kira 123 guna jari.

"Hasilnya tetap memberangsangkan, kanak-kanak zaman tu ramai je jadi pakar dalam bidang profesional sekarang ni. Sekarang ni macam mana pula? Wajib umur 4 tahun dah mula bersekolah.

"Diharapkan pada usia 5 tahun, anak dah pandai mengeja. Masuk umur 6 tahun, anak wajib boleh membaca dan mencongak dengan lancar.

"Jadinya, masuk darjah 1 nanti, cikgu sekolah expect anak dah bersedia untuk membuat penaakulan (pengiraan matematik). Saya tengok buku teks darjah 1 sekarang ni, sangat seram," jelas wanita itu.

Wanita itu mengatakan corak pendidikan awal hari ini yang sangat menekan kanak-kanak hanya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Sebahagian komen warga maya.

"Belajar laju-laju nak pergi mana? Berhasil ke nak jadikan anak-anak kita cemerlang akademik dengan cara ni?

"Yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada tahun 2020 hingga tahun 2022 adalah seramai 93,647 pelajar, mungkin sebab cara kita sekarang," kata wanita itu memetik statistik untuk menyokong pandangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga kurang bersetuju dengan pendekatan untuk membebankan kanak-kanak sejak usia awal mereka.

"Itulah sengsara kami cikgu-cikgu hadap, sepatutnya usia macam ni masih lagi belajar dalam keadaan fun learning tapi silibus mengejar kami.

"Guru tadika pun dalam dilema sebenarnya, sebolehnya nak anak-anak belajar secara santai, tapi sebab darjah 1 nanti ada pentaksiran semua, kami kena dedahkan mereka awal-awal. Tolong kaji semula silibus," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain