DEMI mengaut keuntungan berlipat kali ganda, sebuah unit pangsapuri yang dilengkapi tiga bilik tidur diubah suai bagi menambah jumlah ruang tidur. Pengubahsuaian bagi menjadikan kediaman itu mempunyai enam bilik dibuat bagi membolehkan pemiliknya menawarkan kadar sewa serendah RM200 sebulan bagi seorang penyewa. Seorang perunding hartanah, Syafirul Izwan Abdul Rahaman berkata, terdapat bilik kecil untuk seorang penyewa dengan kadar sewa RM300 sebulan. Ruang tamu diubah suai dengan penambahan dua bilik tidur. Menurutnya lagi, kadar sewa yang lebih rendah terdiri daripada bilik dengan masing-masing dikongsi bersama seorang penyewa lain. "Bilik ni besar sikit tapi kongsi. Katil atas (kadar sewa) RM200 dan katil bawah RM220. Kalau bilik macam ni kongsi juga, caj RM250. "Rumah ini apartment, asalnya tiga bilik dan dua bilik air tetapi telah diubah suai jadi enam bilik," katanya yang sambil menambah ruang tamu dipasang dinding (partition) untuk dijadikan dua bilik bersaiz 'single' yang menempatkan sebuah katil dan sebuah almari. Bilik tidur yang boleh dikongsi dua penyewa. Syafirul memberitahu, bilik tidur utama turut dipasang partition untuk diubah suai bagi menjadikan ruang tersebut kepada dua bilik. "Secara keluruhan ada enam bilik. Kalau semua bilik ini penuh (ada penyewa), jumlah sewa yang boleh dikutip tuan rumah adalah RM2,120. "Bayaran bulanan (pinjaman rumah) dia bayar kat bank baru RM800. Jadi aliran tunai positif yang tuan rumah ni dapat setiap bulan adalah RM1,320. "Pinjaman dengan bank, penyewa yang bayar. Dapat ekstra lagi setiap bulan," ujarnya sambil menambah rumah sewa itu turut disediakan dapur, peti sejuk dan kemudahan internet. Bercakap kepada mStar, Syafirul berkata, apartment tersebut merupakan kediaman milik kliennya yang terletak di Shah Alam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: 'Kaw-kaw’ buat duit! Balkoni ala liang lahad disewakan sebagai bilik, sebulan RM600... bimbang jadi trend, PBT digesa bertindak ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa flat gigih usung motor naik tingkat 9 'park' depan rumah, sekali lif rosak berpeluh nak bawa turun Menurutnya lagi, pemilik rumah mahu menjual rumah tersebut bagi tujuan pelaburan. "Tuan rumah nak jual sebab nak mengurangkan komitmen sedia ada supaya dia boleh melabur dalam hartanah lain di di tempat dia menetap sekarang iaitu Kelantan. "Harga yang ditetapkan untuk jualan adalah RM220,000 dan boleh dirunding," katanya ketika dihubungi. Syafirul berkongsi tentang pelaburan hartanah melalui rumah sewa. Berpengalaman sebagai perunding hartanah sejak akhir 2017, Syafirul berkata, pemilik baharu boleh menggunakan unit kediaman tersebut sebagai tujuan pelaburan. "Dia akan dapat rumah yang telah diubah suai kepada enam bilik, penyewa sedia ada. Ini termasuk perabot dan peralatan lain yang terdapat di dalam rumah. Pinjaman dengan bank, penyewa yang bayar. Dapat ekstra lagi setiap bulan. SYAFIRUL IZWAN ABDUL RAHAMAN "Jumlah kutipan sewa sekarang untuk semua penyewa di enam bilik adalah RM2,120. Sedangkan anggaran bayaran bulanan pinjaman untuk harga jualan RM220,000 hanya RM900 sahaja," katanya. Ujar Syafirul, pembelian unit apartment tersebut merupakan satu pelaburan yang amat berbaloi kepada pemilik baharu. Antara kemudahan yang sediakan di rumah sewa. Sebagai pelabur hartanah yang membuat pelaburan untuk pendapatan sewa, Syafirul berkata, mereka perlu mengetahui hartanah yang terdapat permintaan tinggi untuk sewa. "Maklumat ini boleh didapati daripada ejen hartanah yang pakar di sesuatu kawasan. Untuk memaksimumkan keuntungan sewaan pula perlu tambah jumlah bilik atau melengkapkan rumah dengan perabot dan peralatan elektrik. "Dengan mendapatkan nasihat daripada ejen hartanah, klien tidak akan tersalah memilih hartanah untuk pelaburan," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!