suria

‘Hobi’ jiran suka park depan rumah orang, satu hal kena pergi ‘mengemis’ suruh alih kereta! Dah bebel sebakul tetap tak minta maaf

Jiran wanita tersebut (dalam bulatan) keluar untuk mengalihkan kereta.

TIDAK dapat dinafikan, walaupun zaman semakin maju, masih wujud golongan yang tidak mempunyai 'common sense' sehingga menyusahkan orang lain.

Salah satunya, isu parkir di kawasan perumahan yang nampaknya tidak berkesudahan.

Saban hari, ada sahaja perkongsian di laman sosial mengenai sikap tidak bertanggungjawab jiran masing-masing yang memarkir kenderaan sesuka hati.

Dalam satu perkongsian terbaharu yang tular di laman Twitter, seorang wanita sempat merakam gelagat jirannya yang tidak bertanggungjawab apabila memarkir kereta di hadapan pagar rumahnya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran, jiran wanita tersebut juga hanya muncul beberapa minit kemudian untuk mengalih keretanya.

JIRAN 2

Wanita berkenaan terpaksa membunyikan hon dan memanggil jirannya kerana menghalang laluan keluar.

"Sejenis manusia yang suka park depan pagar orang," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian berkenaan.

Menurut wanita tersebut lagi, dia sudah beberapa kali memberitahu jirannya agar tidak memarkir kereta di hadapan rumahnya namun tindakannya ibarat mencurah air ke daun keladi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran cari pasal parkir depan pagar, tuan rumah ‘hantar’ mak mentua tolong ‘settle’! Sekali amuk terus tak nampak bayang kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk berdekatan taman permainan anggap parkir awam di situ ‘hak’ mereka, orang luar park dapat ugutan!

Dalam insiden terbaharu yang sempat dirakam menerusi video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan yang mahu mengeluarkan keretanya dilihat membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda peringatan.

Namun kelibatnya jirannya tidak juga muncul, menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dan ke rumah individu tersebut.

"Tak pasal aku pula kena pergi tekan bell (loceng) rumah dia. Dah membebel sebakul... selepas ni buat lagi tak tahulah," tulisnya lagi.

Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku.

NETIZEN

Tidak lama kemudian, tanpa rasa bersalah, seorang perempuan muncul dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pagar kediaman wanita berkenaan seterusnya mengalihkan kenderaannya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh laman Twitter @mynewshub meraih lebih 2,200 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan mengecam jiran wanita berkenaan yang langsung tidak menghormati orang lain.

Malah mereka turut berkongsi pengalaman yang serupa dengan jiran masing-masing.

JIRAN 3

Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita tersebut.

"Sama dengan rumah aku dan dari jenis yang sama. Bila aku nak keluar atau balik dari luar, pandang aku macam kan aku yang bersalah.

"Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku. Aku nak keluar guna motor, dia kata 'boleh tu boleh' sekali zasssss kena sagat kereta dia rakan-rakan.

"Pernah dan selalu kena. Park depan rumah, bulan puasa, sampai terpaksa berbuka dekat luar, balik nak solat masih ada lagi. Dah call, dah mesej adik dia suruh alihkan. Buat bodoh lepas tu keluar bising-bising. Akhirat esok kau tanggung," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain