suria

Pemandu Honda City bikin ‘panas’ di tempat parkir, sayang ‘bumper lowered’ tapi susahkan orang - “Kenapa tak guna valet je?”

Kereta ini menghadapi kesulitan untuk menuruni ramp kerana reka bentuknya yang diubah suai.

MINAT dan hobi seseorang itu sewajarnya dihormati.

Namun begitu ia hanya boleh ditoleransi selagi tidak mengganggu ketenteraman orang di sekeliling terutamanya bagi mereka yang suka mengubah suai kenderaan.

Hal itu dapat dikaitkan menerusi satu video di TikTok di mana sebuah kenderaan dilihat menjadi punca kesesakan di kompleks parkir bertingkat di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kereta Honda City yang menjadi punca kesesakan di kompleks parkir bertingkat.

Dalam video tular itu, sebuah kereta Honda City dengan bumper hadapan yang direndahkan dilihat teragak-agak untuk menuruni tanjakan (ramp) kerana risau kenderaannya akan menyagat permukaan simen.

Kereta itu diperhatikan mundar-mandir ke hadapan dan ke belakang untuk mencari kedudukan yang terbaik demi menyelamatkan badan kenderaannya daripada mengalami kesan calar.

Tindakan pemandu Honda City itu dikecam warga maya kerana menjadi punca pemandu lain di belakangnya terpaksa menunggu dan masa terbuang begitu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan pukul rata ‘kereta semua sama’, tapi guru pilih Alphard berbanding Axia - “Tukar tayar terpaksa hutang, tu baru tak layak beli”

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta mewah, poket B40! Ada T20 kedekut bayar parkir, netizen kata nak jimat untuk ‘top-up’ kekayaan

"Saya okay je orang nak buat apa dengan duit dan hidup dia. Tapi buat benda-benda macam ni memang tak bijak. Menyusahkan diri dan menyusahkan orang.

"Selfish hanya untuk kereta yang tak semegah mana sampai orang lain kena tunggu dia try and error dengan ramp tu. Acah sangat orang macam ni.

"Tolong la hidup jangan menyusahkan orang," kata seorang pengguna Twitter yang berkongsi semula video berkenaan di platform berkenaan.

Kalau dekat bonggol, spesies kereta ni pun selalu buat hal, menyirap!

WARGA MAYA

Warga maya lain juga menyokong pernyataan yang diberikan itu serta mengatakan tidak ada apa yang hendak dibanggakan dengan pencapaian sebegitu.

"Kebanyakan semua kereta jenis lowered ni memang kurang bijak, modify macam-macam tapi tak ada faedah pun dan hanya membebankan orang. Dia yang buat begitu lepas tu nak minta kita tunggu.

"Dah tahu kereta manja, tak boleh naik turun parking curam, kenapa tak guna valet je, senang cerita. Tak mampu la tu tapi gatal tangan nak upgrade itu ini.

"Semoga bumper kereta yang dia sayang sangat tu pecah dan rosak suatu hari nanti. Ingat modify kereta lawa-lawa nak dapat pujian tapi hanya makian yang ada, kesian.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Aku ada seorang member yang keluarga dan tanggungan dia hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi modify kereta sampai terbuntang mata, perbelanjaan yang 'bijak'," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain mengatakan insiden serupa juga turut berlaku ketika berhadapan dengan bonggol di jalan raya.

"Kalau dekat bonggol, spesies kereta ni pun selalu buat hal, menyirap! Sanggup sengetkan muncung kereta nak cari sudut takut sagat, buang masa woi," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain