suria

Sayu, lembu mengalir air mata bakal dikorbankan... Pujukan pemilik pun meruntun hati - "Itam jangan sedih-sedih"

Itam mengalirkan air mata selepas dimaklumkan akan dikorbankan sempena Aidiladha.

IBADAH korban adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam sempena Hari Raya Aidiladha.

Diraikan setahun sekali, kebanyakan masyarakat mengambil peluang untuk menyembelih haiwan ternakan sendiri dan tidak kurang juga yang membelinya bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

Pada masa sama, sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat kerana masing-masing akan bekerjasama untuk menyembelih serta melapah daging haiwan korban.

Dalam satu rakaman video yang tular, seekor lembu yang bersaiz besar dan berwarna hitam kelihatan sayu mengalirkan air matanya kerana bakal dikorbankan.

Video berdurasi 28 saat itu ternyata meruntun hati warga maya.

Tambahan pula, suara latar pada video itu seakan-akan memujuk lembu berkenaan yang dipanggil 'Itam'.

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi sambut Aidiladha Rabu, bila puasa Hari Arafah di Malaysia? Ini penjelasannya bagi yang keliru

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kroni’ bolot perut, tulang lembu... kepala dah lesap awal! Betul ke agihan tak adil buat ramai serik korban dengan masjid?

"Itam jangan sedih-sedih, insyaAllah kita jumpa nanti," ujar Nazir Masjid Felda Bukit Cerakah, Shukri Zainal.

Itam yang seakan memahami kata-kata tersebut kemudiannya kembali berpaling memandang Shukri, selepas dipanggil beberapa kali.

Menerusi kapsyen, dia turut menyatakan bahawa apa yang disayangi perlu dikorbankan.

Tam tak sedih bang, ia gembira sebab jadi haiwan terpilih.

WARGA MAYA

Rata-rata warg maya meluahkan perasaan masing-masing selepas menonton video tersebut.

"Ya Allah tersentuh hati apabila nampak haiwan menangis.

"Sebab itu aku tak suka bela binatang... sebab pernah rasa kehilangan haiwan kesayangan untuk korban.

Netizen meluahkan perasaan masing-masing di ruangan komen.

Netizen meluahkan perasaan masing-masing di ruangan komen.

"Saya faham perasaan abang, saya pernah alami macam ni juga. Mujurlah waktu tu masih kecil," luah beberapa warga maya.

Bagaimanapun, Shukri kemudiannya membalas dan menyatakan hidup di dunia pasti akan ada kehilangan dan perlu belajar menerima segala ujian dari Allah.

Malah katanya, daging haiwan korban boleh dimakan jika hanya rasa tersentuh sebaliknya haram apabila berasa kasihan.

Tidak kurang juga yang beranggapan lembu tersebut menangis kerana mengetahui akan disembelih.

"Lembu saya pun menangis... mungkin dah tahu akan kena korban.

"Tam tak sedih bang, ia gembira sebab jadi haiwan terpilih... saya yang sedih ni.

"Kita nampak lembu sedih tetapi arwah nenek saya cakap ia tengah nangis gembira," ujar beberapa pelayar lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain