suria

Pelajar kantoi salin esei ‘AI’ bulat-bulat, tulisan ‘by Probot’ pun lupa buang! Netizen bimbang sikap Gen Z - “Menipu pun tak pandai”

AI memberi manfaat kepada masyarakat namun sering disalahgunakan sesetengah pihak.

BUKAN sahaja menyalahgunakan aplikasi perisian kecerdasan buatan (AI) untuk menyiapkan tugasan, seorang pelajar juga dilihat begitu sambil lewa dalam urusannya apabila meniru bulat-bulat cadangan esei yang diberikan.

Pendedahan tersebut dibuat seorang pelayar Twitter @AjarMalaysia yang mengaku pelik apabila membaca petikan esei berkenaan.

"Pelik juga apabila fikir balik. Memang langsung tak baca sebelum hantar... alahai," ciapnya ringkas sambil berkongsi foto karangan berkenaan.

Tambah individu itu, tindakan pelajar terbabit amat menyedihkan meskipun pada awalnya ia dilihat kelakar.

Ciapan yang dibuatnya mendedahkan sikap seorang pelajar.

Ciapan yang dibuatnya mendedahkan sikap seorang pelajar.

"Mungkin sekali tengok kita rasa kelakar, tetapi dua kali tengok rasa sedih. Ini adalah isu integriti.

"Kalau ketika belajar pun integriti dipandang enteng, bayangkan apa akan terjadi apabila masuk dunia pekerjaan," ujarnya.

Menyusuri karangan tersebut, petikan ayat di perenggan pertama sudah jelas menunjukkan bahawa tugasan yang diberikan itu dilakukan oleh AI.

Mana tidaknya, 'penulis' tugasan itu bukan sahaja mengaku tidak mempunyai pengalaman mahupun refleksi yang boleh dikongsikan malah menjadikan matematik sebagai contoh.

"Sebagai model bahasa AI, saya tidak mempunyai pengalaman atau refleksi peribadi. Walau bagaimanapun, saya boleh memberikan beberapa refleksi umum tentang Matematik," demikian intro yang terdapat pada karangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba ‘leak’ gambar bogel! Rupanya ada pihak buat bisnes, curi foto di media sosial sunting guna AI - “Orang boleh beli, ramai gila seks”

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bayar elaun, pelajar praktikal ‘mengemis’ rakan sendiri... Tiada duit bayar sewa rumah, hanya mampu makan roti canai

Paling tidak dijangka apabila pengakhiran esei tersebut terdapat tandangan 'by Probot' sekali gus membuktikan pelajar terbabit tidak melakukan semakan sebelum menghantar tugasan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya beranggapan pelajar terbabit tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik.

Sesetengah pelayar meluahkan rasa sedih dengan generasi masa kini yang melakukan kerja secara semberono dan tidak bersungguh-sungguh.

"Rasanya dia tak faham English sangat ni. Pernah sekali tu, pelajar hantar tugasan... hampir satu kelas salin daripada sumber yang sama, semua salah ayat yang sama.

Dah nampak bibit-bibit tekanan para majikan untuk gajikan bakal pekerja mereka akan datang.

WARGA MAYA

"Bukti pelajar tak faham English dan hanya salin... sebab itu tak nampak benda yang obvious pada perenggan pertama.

"Literally copy and paste sebiji tanpa ubah. Sedih tengok generasi sekarang. Menipu pun tak pandai.

"Perkara macam ini buat saya terfikir macam mana pendidikan sekarang nak maju seiring teknologi," luah beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyuarakan supaya pelajar tidak dihalang menggunakan teknologi AI bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

"Saya rasa kita tidak perlu halang pelajar daripada guna generative AI untuk buat tugasan tetapi mereka kena tahu guna dan faham kandungan apa yang mereka belajar.

"Kau nak guna Chat GPT boleh, tak ada masalah... tetapi jadikan sebagai panduan bukan salin sepenuhnya.

"Nak guna Chat GPT boleh saja tapi bukan salin bulat-bulat.

"Chat GPT ni sangat bagus untuk yang lemah buat ayat... tapi kena betul dan tepat. Idea tu mesti daripada manusia itu sendiri," ujar beberapa pelayar lagi.

Pun begitu ada juga yang menjadikannya sebagai modal untuk mengecam pelajar yang meminta elaun semasa menjalani latihan industri dan menyifatkan para majikan bakal menghadapi tekanan suatu hari nanti.

"Dah nampak bibit-bibit tekanan para majikan untuk gajikan bakal pekerja mereka akan datang.

"Pelajar ini akan demand untuk bayaran latihan industri," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain