DALAM kegembiraan mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, pasangan suami isteri ini berdepan dengan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar secara tiba-tiba. Berkongsi cerita dengan mStar, pemilik kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sham berkata, kejadian berlaku pada Rabu malam ketika dia dan isterinya, Norzuliana, berhenti seketika di sebuah restoran untuk membeli makanan. "Ketika itu sekitar pukul 10.15 malam. Kami berdua dari Bandar Penawar menuju ke kampung di Pontian, Johor. Dalam perjalanan, kami berhenti untuk membeli makanan dekat Pasir Gudang. Pihak bomba turut tiba di lokasi kejadian. "Saya turun sementara isteri menunggu dalam kereta. Tak sampai 10 minit dekat kedai, isteri call beritahu kereta terbakar. Saya ingatkan kereta orang lain tapi tetap berlari menuju ke tempat parkir. "Terkejut bila tengok kereta sendiri sedang terbakar. Orang yang ada dekat situ pun bantu saya padamkan api dengan alat pemadam api (fire extinguisher). "Saya dah tembak tiga alat pemadam api tapi tak berhasil... akhirnya reda tengok kereta sendiri terbakar depan mata. Memang tak boleh buat apa-apa," ujar pemuda berusia 26 tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Abah tengah mandi terkejut anak lelaki bakar Proton Exora! Senyap-senyap ambil pemetik api, cucuh kain selimut kereta ARTIKEL BERKAITAN: Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - “Biarlah ada seorang teman pemandu” Katanya, meskipun sedih kereta model Nissan Latio yang digunakan selama tiga tahun itu terbakar sekelip mata, namun dia bersyukur kerana isterinya sempat menyelamatkan diri. "Isteri tengah tengok telefon bimbit sementara tunggu saya beli makanan. Tiba-tiba alarm berbunyi dan dia nampak api di bahagian enjin. "Tak fikir panjang, dia terus keluar kereta. Mujur isteri pantas bertindak sebab bila api dah marak, kereta itu auto-lock. Tak boleh bayangkan kalau dia lambat sedikit. Bahagian dalam kereta Sham yang rentung. "Saya nak selamatkan beg baju yang ada baju raya dan barang-barang pun tak boleh sebab kereta terkunci," ujarnya lagi. Sham berkata, pihak bomba tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian dan dia bersama isteri dijemput oleh saudara mara untuk meneruskan perjalanan ke kampung. "Sekarang ini pihak bomba sedang jalankan siasatan. Namun menurut siasatan awal, berkemungkinan punca kebakaran adalah kerana fius atau litar pintas pendawaian. Saya anggap ini dugaan buat kami. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik selepas ini. SHAM "Selepas pihak bomba selesai dengan siasatan, saya perlu buat laporan kepada pihak polis pula. "Buat masa ini, kami gunakan motosikal sahaja untuk bergerak selepas satu-satunya kereta yang ada dah rentung. Saya anggap ini dugaan buat kami. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik selepas ini. "Saya bersyukur nyawa kami masih dipanjangkan. Tak dapat bayangkan kalau ia terbakar ketika kami sedang memandu di atas jalan raya," ujarnya lagi. Sham menganggap apa yang berlaku sebagai ujian. Sham dalam pada itu menambah, perkongsian yang dibuat di media sosial mengenai kejadian yang menimpanya dan isteri antara lain bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berwaspada terutama apabila mahu membuat perjalanan yang jauh. "Sebelum pulang ke kampung atau mahu membuat perjalanan yang jauh, periksa kenderaan masing-masing. Hantar servis dahulu kalau boleh untuk elakkan kejadian tidak diingini," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!