suria

Jiwa isteri terseksa, terpaksa hadap ‘drama’ cinta tak jadi... Rupanya suami suka kakak tapi kahwin adik - “Dia pernah bagi bunga, luah perasaan”

Mengetahui suami mempunyai perasaan pada kakak sendiri pasti menyedihkan. -Gambar hiasan

INGIN menyayangi dan disayangi merupakan lumrah manusia.

Namun kadang kala perasaan itu tidak berbalas atas sebab-sebab tertentu.

Seperti yang dilalui wanita ini, suami yang disayangi mempunyai perasaan pada kakak kandungnya bahkan pernah meluahkan perasaan dan memberi bunga.

Baginya, hal yang diketahui pada awal perkahwinan kira-kira empat tahun lalu tidak ingin diingati.

Luahan yang dibuat seorang wanita mengejutkan warga maya.

Luahan yang dibuat seorang wanita mengejutkan warga maya.

Pun begitu, suaminya seakan tidak boleh melupakan apa yang pernah berlaku walaupun mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Mana tidaknya, setiap kali ada perjumpaan keluarga pasti suaminya akan mengelak.

Terkini, suaminya keluar rumah tanpa sepatah kata sejurus keluarganya datang berziarah di rumah.

"Malam tadi pertama kali keluarga saya datang rumah untuk melawat anak saya dan tak sampai seminit, suami terus keluar... tak tahu pergi mana.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa hilang keistimewaan” - Isteri rimas dapat adik ipar asyik menempel, paling tak tahan siap tidur dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita enggan beri anak kepada kakak ipar mandul akhirnya dicerai suami 'anak mak' - “Dia tak ada zuriat, aku yang kena”

"Masa keluarga datang, dia tak salam dan keluar rumah pun macam tu saja tanpa kata apa-apa," luah wanita tanpa identiti itu.

Katanya sikap suaminya berubah selepas perasaan yang diluahkan pada kakaknya tidak berbalas.

"Dia jadi macam tu sebab pada awal perkahwinan saya dapat tahu dia ada hati pada kakak saya... pernah bagi bunga, luahkan perasaan tapi kakak saya tak layan.

"Jadi semenjak itu, hubungan dia dengan kakak dingin. Dia kerap moody dan buat perangai apabila bersama dengan keluarga saya terutama apabila kakak ada.

Jika saya, saya lebih rela undur diri sebab hati dengan perasaan ni kita tak nampak.

WARGA MAYA

"Tebal dah muka saya setiap kali sertai perjumpaan keluarga. Risau dengan perangai dia, sebab dia tak boleh nampak kakak saya," kongsinya lagi.

Sepanjang tempoh perkahwinan, pasti ada sahaja ragam yang dilakukannya seperti tidak makan bersama apabila perjumpaan keluarga mahupun pulang awal daripada majlis.

Kadang kala dia akan membuat muka masam, menjeling atau tidak bersalaman dengan ahli keluarga.

"Saya diamkan hal ini sebab masa tu baru kahwin, saya niat nak lupa dan maafkan serta mulakan hidup baru, lagipun sekarang saya ada anak," tambah wanita ini.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Pernah terdetik hati untuk berpisah, dia bagaimanapun menyatakan bahawa suaminya tidak pernah culas memberi nafkah selain melayannya dan anak dengan baik.

Bukan itu sahaja, suaminya juga seorang yang ringan tulang dan rajin membuat kerja rumah serta tidak melepak dan tidak merokok.

"Dia tak pernah tak bagi nafkah, rajin buat kerja rumah, tak melepak, tak merokok... dia berkerjaya cuma gagal uruskan kewangan saja.

"Kami baru berkahwin tiga tahun setengah dan anak berumur setahun lebih.

Perasaan cinta yang ditolak pasti memberi kesan mendalam pada sesiapa sahaja.

Perasaan cinta yang ditolak pasti memberi kesan mendalam pada sesiapa sahaja.

"Takkan sebab dia moody saya kena bercerai sedangkan dari segi nafkah dan lain-lain okay," luahnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya memilih untuk 'mengundur diri'.

Bagi mereka suami wanita tersebut mencintai kakaknya.

"Tolong sedar, yang ada dalam hati dia... kakak awak. Walaupun sakit tapi itu kenyataan. Hargai diri awak.

"Jika saya, saya lebih rela undur diri sebab hati dengan perasaan ni kita tak nampak tapi kesannya lama nak pulih.

"Tolong fikir diri awak. Orang yang dia cinta, dia suka bukan awak walaupun selembut mana dia cakap sumpah sayang awak," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, sebilangan pelayar lagi beranggapan bahawa suaminya cuba membuang perasaan dan melupakan apa yang pernah berlaku.

Namun mengambil masa yang lama kerana melibatkan hati dan perasaan.

"Dia tengah berjuang nak buang perasaan pada kakak tu. Bagi dia ruang dan masa, dia pun tahu perasaan tu salah tapi bukan senang nak buang perasaan tu,"demikian pandangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain