suria

Individu tempah Airbnb terselamat dari ditipu, dapat hidu helah scammer! Buat aduan terus dapat refund, tapi ada syaratnya

Tangkap layar perbualan pelanggan dengan pemilik unit kediaman.

BAGI yang ahli keluarganya ramai, penginapan jenis apartment yang ditawarkan dalam aplikasi Airbnb pasti menjadi pilihan berbanding hotel kerana mempunyai kelebihan tersendiri dan lebih berbaloi.

Selain lebih privasi, menyewanya juga mudah dengan adanya rangkaian perkhidmatan yang meluas di seluruh dunia.

Populariti dan permintaannya yang tinggi juga menyebabkan wujudnya golongan scammer seperti yang didedahkan @lalalolss.

Dia berkongsi tentang rakannya yang didakwa hampir menjadi mangsa penipuan selepas penginapan yang dijanjikan tidak sama seperti gambar yang telah diiklankan.

Ciapan asal yang dibuatnya berdasarkan pengalaman rakan yang ditipu selepas membuat tempahan.

Ciapan asal yang dibuatnya berdasarkan pengalaman rakan yang ditipu selepas membuat tempahan.

"Hati-hati, kawan saya hampir ditipu di Airbnb baru-baru ini.

"Trick host (helah pemilik) adalah iklankan gambar rumah lain tetapi bagi rumah lain dengan alasan rumah yang ditempah tiba-tiba mengalami kebocoran paip," ciapnya ringkas.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan bersama, rakannya ingin mendapatkan kepastian sama ada lokasi rumah yang mempunyai balkoni seperti tempahan yang dibuat adalah betul atau tidak selepas tiba di destinasi.

Malah dia turut mempersoalkan tentang gambar dalaman rumah yang telah diiklankan selepas mendapati ia berbeza dengan tempahan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram... dah bayar hotel, tiba di lokasi tiada seorang pun staf dan tetamu! Malang nasib, booking hotel lain pun tak kurang ngerinya

ARTIKEL BERKAITAN: Masa intern sewa hotel, lepasan UiTM kini selesa duduk kondo! Berbaloi datang KL gadai gelang, boleh beli Myvi guna duit sendiri

Bagaimanapun, pihak terbabit menyatakan rumah yang ditempah adalah bersebelahan dengan lokasi yang dilihatnya selain meminta nombor telefonnya bagi menjelaskan situasi.

Dia bagaimanapun enggan memberikan nombor telefon dan memilih untuk berhubung menerusi aplikasi tempahan tersebut.

Selepas mengesyaki dirinya ditipu pihak penginapan tersebut, rakannya membuat aduan terus kepada Airbnb.

"Kawan saya mendapat keseluruhan bayaran yang telah dilakukan selepas membuat aduan kepada Airbnb.

Iklan nama tempat, alamat rumah di Cyberjaya dan gambar lokasi serta landmark pun di situ. Nasib baik aku semak maps, rupanya di Shah Alam.

WARGA MAYA

"Mind that full refund hanya boleh diperoleh kalau host accept your request. Kalau dia tak terima, you kena charged some percents.

"Jadi kena tunjuk bukti chat dan jangan takut dengan host. If he plays dirty, you play harsh," tambahnya.

Perkongsian yang dibuat itu mendapat perhatian warga maya berikutan ramai yang mendakwa pernah berdepan situasi seperti itu.

"Pernah kena di mana pihak Airbnb dan apartment yang ditempah memaklumkan terdapat kerja baik pulih di saat akhir. Truth is, it has been renovating since the year before, only found a few Google reviews mentioning it.

AirBnB dikatakan lebih menyebelahi pelanggan dalam apa jua situasi. -Gambar hiasan

AirBnB dikatakan lebih menyebelahi pelanggan dalam apa jua situasi. -Gambar hiasan

"Saya pun pernah kena, dapat rumah yang bersepah macam penghuni baru tinggalkan 10 minit lepas, siap 'pakej' dihalau.

"Abang pun nyaris terkena baru-baru ini... iklan nama tempat, alamat rumah di Cyberjaya dan gambar lokasi serta landmark pun di situ. Nasib baik aku semak maps, rupanya di Shah Alam.

"Saya pun alaminya. Pihak terbabit menyatakan apartment mereka sangat bersih tetapi pada malam itu, kulit cucu saya tiba-tiba dinaiki ruam merah kerana rumah dipenuhi bulu kucing dan dia alergi. I took photos of the obvious fur and asked for compensation," ujar beberapa warga maya.

Segelintir pemilik apartment yang menawarkan perkhidmatan tersebut turut meninggalkan komen.

Bagi mereka tindakan pihak menyalahgunakan gambar bagi tujuan mendapatkan pelanggan adalah tidak wajar dan patut diambil tindakan tegas oleh pengurusan Airbnb.

"Kakak saya baru sahaja mulakan bisnes chalet di Janda Baik, Pahang guna Airbnb. Malangnya ada pihak yang menggunakan gambar dia dan chalet untuk menipu orang lain.

"To my fellow hosts, don't play this game. Jika pelanggan buat aduan pada Airbnb, mereka akan dapat pampasan dan sesetengah kes mendapat lebih manakala anda akan dikenakan penalti... Airbnb selalunya menyebelahi pelanggan," luah beberapa pelayar lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain