suria

Lawak! Rhys William bingung didenda syarikat sewa kereta gara-gara daging salai, bukti gambar jadi penyelamat

Aroma daging salai menyebabkan Rhys William dikenakan penalti RM100.

SEBUT sahaja daging salai masak lemak pasti ramai dapat membayangkan keenakan rasanya.

Tambahan pula, masakan yang berasal dari Negeri Sembilan itu mempunyai aroma tersendiri dan tidak mustahil baunya akan melekat pada jari sepanjang hari.

Begitulah situasi yang menimpa content creator kelahiran United Kingdom (UK) Rhys William baru-baru ini.

Disebabkan bau salai dari sebuah gerai tepi jalan, dia dikenakan penalti sebanyak RM100 daripada syarikat sewa kereta SocarMalaysia.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Mana tidaknya, dia kononnya dikesan telah menghisap rokok di dalam kereta yang disewa dari syarikat tersebut.

"Paling tak masuk akal. Tiba-tiba kena penalti RM100 daripada SocarMalaysia... mereka tuduh saya merokok dalam kereta padahal bertahun tak merokok, vape pun tidak," ciapnya.

Disebabkan pelik dengan tuduhan tersebut, dia kemudiannya melihat laporan kualiti udara di dalam kereta sepanjang dia menggunakan kenderaan jenis Toyota Yaris itu.

Keputusan ujian dihantar oleh pihak SocarMalaysia itu bagi menuntut pembayaran penalti.

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk 3 cucu masih handal di dapur, nasi goreng daging salai power! - “Boring duduk rumah, selagi ada kudrat dia nak buat juga”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jual Wira ‘lejen’, Rhys William ‘test drive’ semua model Proton... Tetap nak beli kereta Malaysia!

Pada masa sama Rhys masih mencari punca kenapa kereta yang dipandunya tiba-tiba dilaporkan mempunyai bau rokok.

"Siap bagi laporan kualiti udara sebagai bukti... apabila tengok balik, rupanya waktu itu saya tengah berhenti di tepi jalan untuk membeli daging salai.

"Rasanya asap masuk semasa saya keluar kereta," luahnya lagi.

Bagaimanapun, dia menzahirkan rasa lega kerana mempunyai bukti tambahan berupa gambar daging salai untuk menyokong laporan kualiti udara.

Nak kentut pun takut.

WARGA MAYA

Situasi yang dianggap kelakar itu kemudiannya dijelaskan kepada SocarMalaysia supaya dia tidak dikenakan penalti.

"After careful consideration, mereka dah terima penjelasan saya dan tak dikenakan denda.

"Nasihat saya, kalau sesiapa yang kena denda tak sepatutnya, cari bukti dan emailkan kepada mereka," kongsinya lagi.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya terhibur kerana dia didenda hanya kerana membeli daging salai di tepi jalan.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya menyatakan bahawa daging salai yang dibeli itu adalah 'paling mahal'.

"Kalau niat nak sewa SocarMalaysia untuk pergi food hunting durian atau petai bahaya ni... boleh kena denda.

"Nasib ada gambar beli daging salai, kalau berhenti pergi pasar malam... tak ada bukti dah kena RM100. Daging salai paling mahal.

"Sekarang daging salai pun tak terkecuali daripada difitnah. Nak kentut pun takut.

"Pernah kena juga, tapi isu dia dalam kereta tu bau hancing dengan kesan kencing haiwan. Kita orang pun bersihkan dengan spray dettol sebelum guna," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain