suria

Mengejutkan patung mainan seks bentuk kanak-kanak dijual secara terbuka! Shopee tak toleransi, terus keluarkan dari platform

Ramai luah rasa jijik apabila alat permainan seks berbentuk kanak-kanak dijual di platform e-dagang.

SUDAH jadi fitrah manusia dilahirkan dengan nafsu untuk seks dan juga akal fikiran.

Namun begitu, sebarang tindakan atau perihal tentang seks haruslah kekal sebagai sesuatu yang peribadi dan hubungan luar tabii haruslah ditegah.

Seorang wanita berkongsi kisah rakannya menemukan satu produk seks yang cukup menjijikan di platform e-dagang.

Ciapan asal di Twitter.

Penemuan itu berupa patung berbentuk dan bersaiz kanak-kanak yang dijual sebagai objek melampiaskan nafsu seks dan dipercayai menyasarkan pelanggan daripada golongan pedofilia.

"Saya dan kawan sedang melihat produk dalam Shopee, tiba-tiba terjumpa produk sex toys (mainan seks). Kami tak ada masalah dengan benda tersebut kerana itu hak masing-masing tapi sex toys ini mengikut reka bentuk badan seorang kanak-kanak.

"Ia dijual di Malaysia dan penjual tu kalau check berpusat di Selangor. Kalau baca komen ulasan produk, siap ada cakap 'memang berpuas hati'.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual budak atau foto untuk onani? Pedofilia selamba buat iklan dalam talian, harga hampir RM7,000 boleh bayar ansuran

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz lamar murid usia 14 tahun dituduh pedofilia, si isteri mengaku nakal tetap pertahan suami... pakar kata ada 6 tahap sexual grooming

"Perkara ini sangat keji dan meloyakan," kata wanita itu yang dikenali sebagai Masitah melalui pendedahannya di Twitter sebelum ia menjadi tular.

Lebih mendukacitakan apabila salah satu anak patung permainan seks itu disarungkan pakaian seragam murid sekolah rendah oleh seorang pelanggan.

Kebanyakan anak patung permainan seks itu dijual dengan nilai mencecah ribuan ringgit dengan yang paling mahal berharga RM1,500.

Pedofilia sekarang dah tak berselindung lagi. Ini mendorong kepada pornografi kanak-kanak secara terang-terangan.

WARGA MAYA

Turut dilampirkan dalam ciapan itu adalah tangkap layar yang memaparkan reviu pelanggan yang membeli produk terbabit.

"Memang berpuas hati dengan respons penjual, servis penghantaran dan kualiti barang yang dibeli. Dua barang terus kita beli.

"Kualiti barangan adalah seperti yang diiklankan. 'Detail' yang sangat teliti untuk setiap anggota badan dengan tiada sebarang kecacatan.

Ciapan dari seorang individu yang menyokong penjualan anak patung permainan seks terbabit.

"Sebagai pelanggan, saya sangat berpuas hati," kata beberapa individu.

Masitah menyeru agar penjualan produk itu dilaporkan segera ke pihak berkuasa dan diambil tindakan keras kerana perkara sebegini pastinya menggusarkan masyarakat serta membahayakan golongan kanak-kanak.

Namun, Masitah kecewa apabila ada juga kelompok warga maya yang cuba memberikan rasional di sebalik perbuatan terkutuk itu.

"Biarlah orang tu jual patung dari dia melakukan kes rogol yang betul lagi teruk. Dia tidak membawa apa-apa bahaya kepada sesiapa," kata individu itu dalam satu ciapan yang dipadam tidak lama selepas ia dimuat naik.

"Inilah yang kita panggil sebagai enabler," kata Masitah membalas pernyataan individu tersebut.

Susulan posting tular ini, Shopee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata mereka mengambil maklum situasi tersebut dan sedang mengusahakan tindakan selanjutnya.

"Kami sudah membawa keluar semua produk tersebut dari platform e-dagang kami. Selain itu kami juga telah menyenarai hitamkan penjual itu dari platform kami.

"Kandungan sebegini tidak akan ditoleransi di platform kami. Kami juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk memastikan pengguna dilindungi dari terdedah kepada produk sedemikian.

pedo 2

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Di samping itu kami sedang menyiasat penjual yang terlibat. Kami akan mengikut rapat polisi kami serta mematuhi regulasi yang ditetapkan penguatkuasa tempatan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi ketetapan ini," kata Shopee dalam kenyataan tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa runsing dengan apa yang dilihat mereka.

"Sakit otak dan rasa nak muntah. Pedofilia sekarang dah tak berselindung lagi. Ini mendorong kepada pornografi kanak-kanak secara terang-terangan. Mohon cepat ambil tindakan, meremang tengok," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain