suria

Gadis tak kisah BF kerja guard, ada ‘pakej lengkap’ suami mithali! Masalahnya mak ayah nak menantu kerja gomen

Seorang gadis menjalinkan hubungan dengan pengawal keselamatan. -Gambar hiasan

BETUL ke wanita lebih memilih lelaki yang baik budi pekerti berbanding harta dan rupa?

Itulah antara ciri-ciri calon suami pilihan yang sering ditetapkan oleh kaum Hawa sebelum berumahtangga selain baik, setia dan bertanggungjawab.

Seperti gadis ini yang bertuah dipertemukan dengan seorang jejaka yang mempunyai tiga keperibadian yang boleh dikatakan sukar dicari pada zaman ini.

Walau hati sudah berkenan, namun dia berada dalam dilema untuk berkongsi mengenai pemuda itu kepada ibu bapanya.

Pasangan bercinta merancang untuk mengikat tali pertunangan - Gambar hiasan / Freepik

Menerusi satu perkongsian, gadis berkenaan meluahkan kegusaran terhadap pekerjaan kekasihnya yang merupakan seorang pengawal keselamatan.

"Pasangan saya kerja sebagai pengawal keselamatan je. Kalau ikutkan saya, saya tak kisah pasangan saya ni kerja apa-apa pun asalkan bertanggungjawab.

"Dia belajar sampai diploma je itu pun bukan niat betul-betul nak belajar tapi sebab perempuan (bekas kekasih), akhirnya perempuan tu curang.

"Akhirnya dia belajar tak ada guna pun," luahnya menerusi ciapan di laman Twitter @ConfessTweetMy.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa anak kerja gomen buat 'loan' besarkan rumah, ugut derhaka jika ingkar... Tak mampu bayar akhirnya dapat notis bankrap

ARTIKEL BERKAITAN: Janda kerja 'gomen' angau bercinta, sanggup 'bela' teman lelaki bekas banduan - "Semua mak aku tanggung"

Berdasarkan pemerhatian, ibu bapanya sebenarnya mengimpikan menantu dalam kalangan penjawat awam.

"Ibu bapa saya kalau boleh nak seseorang yang kerja dengan kerajaan," ujarnya tanpa menjelaskan sebab penjawat awam dijadikan 'syarat' oleh ibu bapanya.

Jujur, itu yang terbaik. Sebab ibu bapa akan sejuk hati dengan sifat dan keperibadian seseorang.

NETIZEN

Bukan setakat itu, katanya lagi, berkemungkinan juga ibu bapanya mahu lelaki pilihannya itu berpendidikan tinggi.

"Saya sekarang tengah belajar degree. Saya takut pemikiran ibu bapa saya, mereka mahukan seseorang untuk saya yang berpendidikan," katanya lagi.

Antara komen netizen.

Walaupun berkerja sebagai pengawal keselamatan, gadis itu mengakui teman lelakinya amat bertanggungjawab.

"Pasangan saya ni... dia bertanggungjawab, duit dia tak pernah kedekut sama ada dekat saya atau famili dia.

"Alhamdulillah setia, cuma itulah bab pekerjaan dia tu saya takut sekarang ni kalau mak ayah tak setuju," katanya dengan perasaan dilema.

Di ruangan bebenang, rata-rata netizen lebih menyokong pilihan gadis itu berbanding mengikut kehendak ibu bapanya sendiri.

"Jujur, itu yang terbaik. Sebab ibu bapa akan sejuk hati dengan sifat dan keperibadian seseorang. Entah-entah mereka terima je sebenarnya, sebab belum bagitahu kan? Silaturrahim penting. Kalau belum terima, sentiasa mencuba, tunjukkan pada mereka. Hormati dan layan mereka dengan baik.

"Baik, setia dan bertanggungjawab - tiga ciri serentak dalam seorang lelaki yang bukan senang nak cari zaman sekarang ni.

"Pakwe aku pun kerja sekuriti. Aku ada diploma, dia sekolah menengah pun tak habis. Datang rumah bincang-bincang nak tunang dah," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain