suria

Pakar ‘sekolahkan’ pengguna B40, selera T20! Shopping barang dapur sampai RM500 kemudian merungut ‘hidup ini keras’

Barang yang dibeli oleh individu berkenaan didakwa mencecah RM500.

PASTI ramai dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa Melayu yang begitu cantik itu memberi makna bahawa dalam apa jua perbuatan atau tindakan perlulah dibuat mengikut kemampuan diri.

Begitu jugalah halnya dalam menguruskan perbelanjaan harian mahupun bulanan, tambahan pula ketika ini kebanyakan harga barangan sudah meningkat.

Sudah pastilah dalam situasi yang serba menekan ini, perancangan kewangan perlu dibuat dengan lebih teliti agar tidak kesempitan sebelum tibanya hujung bulan.

Bagaimanapun dalam satu hantaran yang tular di laman sosial, perkongsian yang dibuat oleh seorang individu mengundang perhatian warga maya.

barang 2

Sebagai pengguna, kita perlulah bijak ketika berbelanja. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian tersebut yang di muat naik semula oleh Twitter @jabatannetizenmalaysia, individu berkenaan memuat naik sekeping gambar memaparkan barangan dapur dan keperluan rumah yang dibelinya di sebuah pasar raya.

Barang-barang yang memenuhi kaunter juruwang itu antaranya seperti sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, tisu gulung, pewangi semburan (air freshener), pewangi kereta, kicap, minyak masak dan beberapa lagi barangan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto troli penuh, pelanggan banding harga barang dua pasaraya... Tiba-tiba bos Mydin balas komen, siap minta ‘PM tepi’ resit pembelian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta benda murah, suami beli barang mahal, "Dia terus tak jadi marah, muka bersinar-sinar"

Menurut individu tersebut, kos untuk kesemua barangan yang dibelinya mencecah RM500.

"Hidup ini keras," demikian tulisnya ringkas pada perkongsian berkenaan, seolah-olah merungut dengan cabaran harga barang yang semakin mahal.

Bagaimanapun perkongsian individu tersebut mengundang kecaman ramai yang melabelnya seolah-olah 'berbelanja tanpa menggunakan otak'.

Jangan ambil yang mahal kalau ada kekangan kewangan. Kecuali tuan tanah sebenarnya nak brag dia sejenis beli groceries sampai RM500.

NETIZEN

Bukan itu sahaja, seorang perunding profesional bertauliah, Islamic Financial Planner (IFP), Afyan Mat Rawi, turut sama terpanggil untuk memberi pandangannya terhadap perkongsian individu tersebut.

"Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, masalah kewangan kebanyakan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup.

"Contoh dalam gambar ini, pewangi Glade bukanlah keperluan hidup, sabun pencuci (pinggan) ada yang lebih murah dan jimat berbanding Joy, tisu Royal Gold bukan keperluan. Keperluan sebenar sekadar kain buruk lebih memadai.

"Ramen Samyang dapat dijimatkan dengan mi segera paket. Kalau tak makan pun tak ada masalah. Pewangi Ambi Pur? Vitagen?

"Kos sara hidup sebenar mungkin tak sampai RM300 pun. Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup," ulasnya.

komen barang

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Tambah perunding kewangan itu lagi, tidak menjadi sebarang masalah untuk berbelanja sebegitu jika seseorang tergolong dalam kelompok yang berkemampuan dari segi kewangan.

"Cuma hairan sikit kalau dah beli semua barangan mahal sedangkan ada yang lebih murah, duk kata 'hidup ini keras'," ulasnya lagi.

Menjengah pula komen netizen, rata-ratanya turut sependapat malah ada yang berkongsi kaedah perbelanjaan masing-masing yang lebih menjimatkan.

"Bila bab barang dapur, aku pesan dekat diri sendiri, 'ambil yang perlu je'. Bezakan keperluan dan kehendak. Dulu aku jenis yang mengutamakan jenama, tapi sekarang aku compare harga.

"Jangan ambil yang mahal kalau ada kekangan kewangan. Kecuali tuan tanah sebenarnya nak brag dia sejenis beli groceries sampai RM500.

"Selera T20, complaint B40. Hidup ini adalah mengenai pilihan... pilih dengan teliti. Melainkan kalau memang nak menunjuk," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain