suria

Semua lif diselenggara, rider sanggup menapak ke tingkat 34 hantar pesanan! Pelanggan beri reaksi tak disangka

Pesanan dibuat oleh pelanggan yang tinggal di unit aras 34.

BEKERJA sebagai penghantar makanan atau rider bukanlah tugas mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Situasi tersebut membuatkan ramai yang berharap semoga mereka dipertemukan dengan pelanggan yang baik hati.

Bagaimanapun, bagi rider ini, dia lebih gemar berpegang pada prinsip setiap perbuatan baik akan dibalas baik.

Di samping video yang dimuat naik, dia meletakkan kapsyen hikmah dan nasihat untuk tatapan pelayar.

Mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan sering berhadapan pelbagai ragam pelanggan. -Gambar hiasan

Mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan sering berdepan pelbagai ragam pelanggan. -Gambar hiasan

“Yakinlah pada rezeki Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya, Allah tahu hang (kau) susah... ada hikmah Allah bagi susah kejap tu.

“Lelah susah tu akan hilang apabila hang jumpa hikmahNya dan baru sedar indahnya aturan Allah,” coretnya.

Berkongsi pengalamannya semasa menghantar makanan baru-baru ini, dia yang dikenali sebagai Pejal meluahkan rasa terharu apabila pelanggan memberi kesemua makanan yang dipesan kepadanya.

Ia bermula apabila dia memaklumkan lif ke unit pelanggannya ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ada cara ‘special’ minta hantar makanan, rider pun pelik tapi layankan saja - “Ini baru contactless delivery”

ARTIKEL BERKAITAN: 12 jam sehari atas motor, rider sedap gaji hampir RM2,000 seminggu! Kini derita slip disc... Kewangan merudum, nak bergerak pun susah

“Pesanan pertama pagi ini, sampai-sampai sahaja pengawal cakap kesemua enam lif di Blok A ditutup kerana penyelenggaraan.

“Yang buntunya aku, pesanan ni nak kena hantar tingkat 33a (34)... customer tak tahu yang lif tutup, aku tunjuk bukti gambar semua yang lif btul-betul tutup,” ujarnya.

Keadaan tersebut membuatkan dia mengambil keputusan untuk menaiki saja tangga bagi menghantar makanan meskipun setinggi 34 tingkat.

Dia kemudian memaklumkan boleh menghantar pesanan berkenaan kepada pelanggan.

Kadang tu urusan kita dipermudahkan sebab kita selalu permudahkan urusan orang.

WARGA MAYA

“Aku inform pada dia yang aku boleh hantar tapi lambat sikit nak naik,” katanya yang terkejut dengan reaksi pelanggan terbabit.

Malah berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, pelanggannya menghalang dia daripada mendaki tangga kerana terlalu tinggi ‘jangan, tingkat 34 tinggi... macam mana saya nak klik done order’.

Menurut Pejal, pelanggannya yang baik hati turut memberi makanan berharga RM41.65 itu kepadanya kerana mempunyai mesyuarat dan tidak dapat menunggu.

“Bagi aku, banyak dia pesan ni... aku sendiri mana mampu makan makanan mahal macam ni,” luahnya lagi.

Warga maya turut memuji sikapnya di ruangan komen.

Warga maya turut memuji sikapnya.

Apa yang dilalui itu membuatkan dia beranggapan dunia dipenuhi orang yang baik dan jadilah individu seperti itu jika tidak berjumpa.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Pejal bahawa dunia masih mempunyai orang yang baik.

“Kadang-kadang apabila jumpa orang macam ni, mesti aku terfikir ada lagi manusia baik dekat dunia ni.

“Sebab kau balas elok-elok... cuba balas ‘kalau lapar turun ambil sendiri’. Buat baik dibalas baik.

“Kadang tu urusan kita dipermudahkan sebab kita selalu permudahkan urusan orang.

“Manusia baik tu masih ada. Semoga customer ni beroleh rahmat keberkatan... semoga adik juga dilindungi diberkati rezeki halal,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain