suria

Tunang suka pinjam duit, kalau tak bagi merajuk! Gadis keliru kahwin atau tinggalkan - “Saya punyalah tahan nafsu shopping”

Masalah kewangan boleh membuatkan pasangan bergaduh. -Gambar hiasan

MUNGKIN ada segelintir wanita yang bersetuju dengan frasa 'duit bukan segala-galanya'.

Bagi mereka, tidak mengapa jika pasangan bergaji rendah, asalkan rajin berusaha dan tahu mengenai tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Namun bagaimana pula jika anda berada dalam situasi di mana pasangan kerap meminjam wang atas alasan mahu memajukan bisnes?

Itulah situasi yang dialami oleh seorang wanita apabila tunangnya kerap meminjam wang kerana sedang bergelut menampung pelbagai kos untuk bisnesnya yang sedang diuji.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia bukanlah seorang 'berkira' namun kerana perkara tersebut menjadikan dirinya kurang senang.

tunang pinjam 1

Golongan lelaki perlu bijak mengatur kewangan lebih-lebih lagi jika merancang untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya baru bertunang, bakal berkahwin dalam tempoh beberapa bulan. Dia seorang lelaki yang baik, tak kedekut, hormat orang tua. Pendek kata dia mempunyai semua kriteria seorang pasangan yang baik... tak ada kurang di mana.

"Dia buat bisnes sementara saya kerja makan gaji. Sekarang dia sedang bergelut dengan bisnesnya tapi masih yakin untuk teruskan rancangan berkahwin.

"Kebelakangan ini boleh kata hampir setiap bulan dia akan minta pinjam duit. Kadang nak top-up selesaikan bayar sewa, kadang minta top-up modal bisnes," luahnya berkongsi cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami askar kaki hutang koperasi, baki gaji negatif... Isteri hamil menangis di radio, luah perasaan penat buat 2 kerja sara keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Demi suami tercinta isteri sanggup pinjam bank, berhenti kerja tolong buat bisnes... Dah muflis, hutang pun kena tanggung sendiri!

Menurut wanita tersebut, dia mengakui ada kalanya berasa terlalu keberatan untuk meminjamkan wang kepada tunangnya sendiri memandangkan boleh dikatakan agak kerap situasi tersebut berlaku.

"Kalau saya macam tak nak bagi, mesti kami akan dingin beberapa hari dan dia akan cakap nak minta tolong kawan. Tapi selalunya memang kawan dia tak ada duit nak tolong.

"Maka, akhirnya saya pinjamkan juga dan ia berulang-ulang. Dia akan bayar tapi lambat. Yang bulan lepas pinjam pun belum bayar tapi nak pinjam lagi.

"Bila main soal duit ni, saya rasa tak best. Saya punyalah ketepikan nafsu shopping dan penat menyimpan tapi orang senang-senang je minta pinjam," luahnya lagi.

Elok tangguh dulu sampai kewangan lelaki tu dah OK. Jangan esok-esok dah kahwin habis semua diungkit.

NETIZEN

Situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan wanita itu berfikir sama ada dirinya bersedia untuk melalui episod tersebut untuk tahun-tahun mendatang bersama pasangannya.

"Adakah normal untuk setiap pasangan saling membantu dengan cara sedemikian? Saya ni kedekut atau pentingkan diri ya? Saya perlukan pendapat anda. Teruskan atau tinggalkan? Tolong saya," katanya lagi sambil meminta pendapat warga maya.

Luahan tersebut yang dihantar menerusi Direct Message (DM) dikongsikan semula di laman Twitter @confesstweetMY.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan supaya wanita berkenaan menangguhkan dahulu rancangannya untuk mendirikan rumah tangga sehingga situasi pasangannya stabil.

komen tunang

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

"Elok tangguh dulu sampai kewangan lelaki tu dah OK. Jangan esok-esok dah kahwin habis semua diungkit... dalam masa yang sama bincang dengan dia bersemuka untuk selesaikan masalah ni.

"Bincang untuk tangguh kahwin dulu sampai dia dah financially stable. Setidaknya ada simpanan masa nak kahwin. Beritahu kenapa nak tangguh.

"Berhenti bagi pinjam duit dan tengok apa reaksi laki tu. Kahwin? Jangan proceed lagi. Biar dia figure out sendiri macam mana nak uruskan kewangan sendiri," demikian antara komen netizen.

Namun tidak kurang juga ada yang menyarankan wanita berkenaan meninggalkan pasangannya kerana tabiat meminjam wang mungkin akan berlarutan sehingga berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain