YANG kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Frasa tersebut menggambarkan betapa pentingnya seseorang menjaga adab walau di mana sahaja, sama ada secara berdepan mahupun sekadar perbualan di laman sosial. Secara tidak langsung, ia menggambarkan peribadi diri individu berkenaan dan cara didikan ibu bapa. Ketika ini, hangat di media sosial membicarakan mengenai tingkah laku generasi Z atau generasi Alpha yang didakwa sudah terhakis dengan adab sopan sehingga mereka digelar biadab. Beberapa kisah dikongsikan oleh pihak majikan di media sosial mengenai pengalaman masing-masing berdepan dengan golongan ini, dan terbaharu, tular pula kisah seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa 'kurang ajar' ketika mahu meminta kerja. Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp antara remaja berkenaan dengan pemilik restoran. Ia tular selepas satu tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp antara remaja tersebut dengan seorang individu, dipercayai pemilik sebuah restoran, dimuat naik di laman Twitter. Menerusi perbualan tersebut, remaja perempuan berkenaan dilihat menggunakan bahasa tidak formal atau terlalu santai ketika sedang bertanyakan jawatan kosong di restoran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti atas alasan nak healing sebab gaduh dengan GF, betul ke Gen Z lemah? - “Nak minta AL dengan bos pun takut” Sekadar memperkenalkan nama ringkas beserta umur, remaja tersebut juga dengan selamba memberi jawapan yang tidak sopan apabila pemilik restoran berkenaan memintanya menghantar resume. "Tak de. Kan part time je. Lagipun waiter je pun saya apply, bukan HR (sumber manusia) atau akauntan," demikian jawapan yang diberi sebagaimana paparan tangkap layar tersebut. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai situasi berkenaan tidak didedahkan. Wah senangnya. Aku time lepas SPM nak minta kerja pun buat ayat kemas-kemas dan tersusun. Takut salah cakap. NETIZEN Perkongsian tersebut menjadi tular di laman Twitter sehingga meraih lebih 1,600 ulang kicau. Ia mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya. Sebahagiannya menyifatkan remaja tersebut berkelakuan tidak sepatutnya dan kurang sopan walaupun hanya meminta kerja sebagai pelayan restoran. "Sekadar nasihat untuk adik-adik yang lepas SPM atau sesiapa sekali pun nak minta kerja. Pergi mana-mana pun adab kena bawa, kena jaga. Ingat kerja apa sekali pun walaupun cuci pinggan. "Wah senangnya. Aku time lepas SPM nak minta kerja pun buat ayat kemas-kemas dan tersusun. Takut salah cakap," demikian antara komen mereka. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Namun sebahagiannya pula berpendapat pemilik restoran berkenaan seperti 'melebih-lebih' apabila meminta resume daripada lepasan sekolah menengah hanya untuk jawatan separuh masa. "Curious juga lepasan SPM nak letak apa ye dalam resume? Sebab resume kena letak semua termasuk experiences and else, selain biodata. Rasanya lepasan SPM orang selalu bagi borang. "Boss atau leader? Kalau macam ni sikap kamu, macam mana you lead orang eh? You cepat sangat judge, benda kecil macam ni pun tak boleh nak handle," demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!