suria

Simpati nasib pakcik sebelah rumah, anak tak ramai tapi bergaduh adik-beradik... Pemuda bandingkan dengan jiran 13 zuriat

Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaik-baiknya. -Gambar hiasan

SUDAH pasti ramai yang biasa mendengar ungkapan 'anak pembawa rezeki'.

Justeru terdapat segelintir pasangan suami isteri tidak kisah sekiranya dikurniakan anak yang ramai, malah ada juga yang kurang bersetuju dengan konsep perancangan keluarga.

Bagi mereka, tidak baik sekiranya menolak rezeki yang dikurniakan Allah.

Namun begitu, kerap kali juga muncul perkongsian di laman sosial mengecam keluarga yang mempunyai ramai anak terutamanya golongan B40.

Ini kerana rata-ratanya berpandangan bahawa pasangan yang kurang stabil daripada segi ekonomi sewajarnya mengamalkan perancangan keluarga agar tidak terbeban dengan kos sara hidup timggi.

Namun seorang pelayar berkongsi kisah daripada sisi berbeza mengenai situasi berkenaan berdasarkan pengalaman sendiri.

anak 2

Ramai yang melahirkan kebimbangan dengan segelintir keluarga yang mempunyai anak yang ramai sehingga kebajikan mereka terabai. -Gambar hiasan

"Dulu tahun 90an, waktu tu aku baru bersekolah rendah. Aku tinggal di rumah sewa di sebuah kampung di Negeri Sembilan.

"Jiran sebelah kanan aku Pakcik Sani, anaknya tiga orang. Jiran sebelah kiri pula Pakcik Rahmat, anaknya berapa belas aku tak ingat. Rasanya 13. Aku pula adik-beradik empat orang termasuk aku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu, kenapa buat anak baharu?” - Tak perlu rayu derma demi sara ramai zuriat, lebih baik rancang famili

ARTIKEL BERKAITAN: Miskin tapi anak ramai atas alasan ‘rezeki’, akhirnya rayu gift di TikTok! Lelaki ‘basuh’ mak ayah tak fikir amanah Allah

"Masa tu keluarga yang paling senang adalah Pakcik Sani sebabnya anaknya yang sulung dah bekerja, anak nombor dua dan tiga pula masih bersekolah menengah, masing-masing budak bijak.

"Yang paling susah pula tentunya keluarga Pakcik Rahmat. Yang sulung dah pun berkahwin kerja pula tak tetap. Anak-anak Pakcik Rahmat ni pelajarannya agak corot juga. Ada juga beberapa orang yang tak sempat ambil SPM," katanyanya di Facebook.

Individu berkenaan berkongsi hal itu menerusi hantaran di grup B40 Buat Perangai Apa Harini.

Dipendekkan cerita, individu itu berkata hubungan keluarganya dengan kedua-dua jirannya itu terputus sejak mereka berpindah ke Bangi sekitar tahun 1999.

Sehinggalah berbelas tahun kemudian, individu berkenaan akhirnya bertemu kembali dengan salah seorang anak Pakcik Rahmat yang secara kebetulan mencari pekerja separuh masa untuk perniagaannya di bazar Ramadan.

Orang tak marah anak ramai kalau mampu. Yang orang marah tu anak ramai beranak rapat-rapat tapi hidup dengan meminta-minta.

NETIZEN

"Abang Mail (anak pakcik Rahmat) berniaga di bazar Ramadan dekat PKNS Bangi. Abang Mail jual pakaian raya perempuan, baju kurung, baju kebaya.

"Kerjanya sangat memenatkan tapi yang buat aku bersemangat of course la sales dia yang kaw-kaw. Bayangkan ada sehari tu kedai dia boleh dapat sales RM15,000. Sehari tau.

"Abang Mail ada cerita, adik beradik dia memang tak pandai, tak cemerlang akademik. Mana yang tercicir tu ada juga yang belajar agama di pondok. Kalau tak berjaya akademik pun sekurang-kurangnya agama terjaga," ceritanya.

Individu itu menambah, dia juga turut bertanya khabar mengenai keluarga Pakcik Sani daripada Abang Mail, memandangkan keluarga lelaki berkenaan masih di kampung yang sama.

"Dia cerita kat kampung tu Pakcik Sani agak kesian. Anak dah berjaya tapi jarang balik kampung. Dia bukan mengata pun cuma bagitahu je.

"Anak Pakcik Sani berjaya, tapi ada yang tak balik kampung sebab bergaduh adik-beradik. Anak-anak Pakcik Rahmat pula kaya raya. Ada juga aku ternampak dalam Facebook gambar rumah baru dengan kereta Alphard nya.

"Untuk yang suka mengecam orang anak ramai tu, mungkin korang tak pernah nampak atau alami kisah-kisah macam ni. Kena ingat, hidup ni ada turun naik.

"Kalau kau susah hari ini, tak semestinya kau akan susah terus dalam masa akan datang. Kalau kau senang hari ini, tak semestinya kau akan senang terus," demikian coretannya.

komen anak

Pandangan netizen terhadap isu anak ramai.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir warga maya yang bersetuju dengan pandangan individu berkenaan namun berpendapat ia bergantung kepada cara didikan yang diterapkan oleh ibu bapa.

Walaubagaimanapun, rata-rata warga maya berpandangan, majoriti masyarakat tidak menyalahkan golongan yang memilih mempunyai anak ramai namun menegur segelintir daripada mereka yang mengabaikan kebajikan anak-anak.

"Orang marah apabila anak ramai tapi terbiar tak jaga baik-baik, makan pakai tak cukup sampai kecil-kecil dah jadi penyangak.

"Orang tak marah anak ramai, yang orang marah mentang-mentang isteri tiap-tiap tahun beranak, anak main lepas begitu je. Pernah aku tengok saudara, anak dia baru empat tahun dah main tepi jalan tanpa pengawasan.

"Orang tak marah anak ramai kalau mampu. Yang orang marah tu anak ramai beranak rapat-rapat tapi hidup dengan meminta-minta," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain