suria

“Kalau tak nak bayar, blah je la!” - ‘Kak long kawasan’ sergah minta RM5, rupanya dah 10 tahun jadi ‘ulat parkir’

Insiden melibatkan sindiket 'ulat parkir' di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

KEGIATAN 'ulat parkir' terutamanya di ibu kota semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan.

'Ular parkir' merujuk kepada mereka yang mengawal dan mengatur kenderaan di kawasan tertentu di samping mengenakan caj tidak masuk akal.

Perkara itu dilalui sekumpulan sahabat setelah seorang wanita dipercayai ahli sindiket 'ulat parkir' memaksa mereka membayar parkir di tepi jalan pada waktu malam.

Perkongsian asal di TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu menyaksikan pemandu dan penumpang sebuah kenderaan bertikam lidah dengan 'ulat parkir'.

"Orang yang bukan bawah (bekerja) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba-tiba datang minta bayar parking RM5.

"Sedangkan kami parking di situ tak sampai 10 minit nak beli (makanan) Damascus (restoran Arab) dekat Bukit Bintang. Tolong pihak DBKL siasat benda ni. Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta mewah, poket B40! Ada T20 kedekut bayar parkir, netizen kata nak jimat untuk ‘top-up’ kekayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Honda City bikin ‘panas’ di tempat parkir, sayang ‘bumper lowered’ tapi susahkan orang - “Kenapa tak guna valet je?”

"Minta sekali pihak polis tolong pantau lokasi berhampiran Damascus sebab ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu lot parkir awam," kata individu yang berkongsi video berkenaan.

Dalam video tersebut, wanita pengutip wang parkir itu mendakwa dia sudah aktif menjalakan aktiviti berkenaan sejak 10 tahun lalu.

"Akak kerja je la dik. Bukan tak cakap (diberitahu) parking sini kena bayar, tadi dia (rakan sindiket) dah cakap. Kalau tak nak bayar, patutnya blah je la, jangan parking sini. Bayar je la. Harga murah je.

Berdasarkan pengalaman saya, kalau tak bayar nanti tiba-tiba cermin pecah, badan calar dan tayar pancit.

WARGA MAYA

"Orang Melayu dekat sini tak pernah ada masalah nak bayar, tak sangka juga ada yang Melayu bermasalah macam ni," kata wanita itu.

Enggan memanjangkan pertelingkahan, pemandu kenderaan terbabit akhirnya dilihat menyerahkan wang tunai RM5 seperti yang diminta walaupun rakannya membantah.

"Kalau parking dekat pusat beli-belah pun tak sampai RM5. Sekarang pun tak sampai 10 minit.

"Mungkin orang yang parking sebelum ni semua senyap sebab mereka tak berani bersuara," katanya.

Keadaan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada waktu malam. -Gambar hiasan

Melewati ruangan komen, pemilik video itu mendakwa dia cuba menghubungi pihak berkuasa sebanyak dua kali ketika insiden meletus tetapi tidak dijawab.

"Saya kalau boleh memang tak nak bayar, dah telefon pihak DBKL dan polis dua kali tapi tak jawab.

"Kalau berlakon jadi pihak berkuasa untuk takutkan akak tu, risau nanti dia minta kad penguatkuasa pula, lagi parah situasi.

Sebahagian komen warga maya.

"Geram betul saya, padahal saya duduk je dalam kereta sepanjang parking dekat situ, teman lelaki yang pergi beli makanan. Pelik kena bayar juga," jelasnya.

Warga maya lain mengatakan mereka pernah berada dalam situasi sama dan mengalah untuk membayar kerana risau kemungkinan kereta yang ditinggalkan akan diapa-apakan.

"Berdasarkan pengalaman saya, kalau tak bayar nanti tiba-tiba cermin pecah, badan calar dan tayar pancit la. Jadi kita bayar je.

"Saya pernah parking lima minit di Damascus, kena bayar RM10. Katanya tempat dia," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain