suria

Longgok perut lembu penuh tahi tepi tong sampah, penduduk terkejut ada orang tak reti urus haiwan korban... Busuk siap berulat!

Sisa atau bahagian lembu korban yang hendak dibuang perlu diuruskan dengan baik.

SETIAP kali tibanya Aidiladha, mereka yang berkemampuan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban.

Hadis sendiri menyebut terdapat banyak fadilat dan kelebihan bagi orang yang melaksanakan korban.

Sungguhpun sudah beberapa hari berlalu, namun masih banyak perkongsian di media sosial mengenai kisah hari raya korban di kawasan masing-masing yang dikongsikan warga maya.

Terbaharu, dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna membuat hantaran meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang organ haiwan korban merata-rata selepas selesai melaksanakan ibadah tersebut.

Individu tersebut membuat hantaran berkenaan dalam grup Facebook Kuala Terengganu Residen, dalam loghat negeri berkenaan.

korban 2

Hantaran yang dikongsikan individu berkenaan di Facebook.

"Sejenis manusia yang tak cerdik. Buat ibadah korban molek (baik) dah tapi otak tak guna. Kalau tak pandai urus, beri kepada orang yang pandai urus. Kalau tidak, tanamlah benak!

"Kamu ingat pergi buang dekat tong majlis (perbandaran) macam tu mereka datang kutip segera ke, benak? Dengan busuk kohong (bau seperti bangkai) gitu, dengan lalat hurung, dengan ulatnya.

"Bukan satu, sampai dua tiga bahagian pergi buang dekat tong sampah. Ibadah korban macam mana aku tak tahulah puak ini," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu, lembu mengalir air mata bakal dikorbankan... Pujukan pemilik pun meruntun hati - "Itam jangan sedih-sedih"

ARTIKEL BERKAITAN: Lembu jantan terlebih manja sehari sebelum dikorbankan... Aksi pemuda disondol bikin sebak, ramai doa moga jumpa di syurga

Bersama-sama hantaran tersebut, dia turut memuat naik sekeping gambar memaparkan organ haiwan korban seperti usus dan lemak yang hanya diletakkan di sebelah deretan tong sampah.

Kesemua bahan buangan tersebut tidak dibungkus sebaliknya dibiarkan terdedah begitu sahaja.

Individu yang membuat perkongsian itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan waktu gambar tersebut dirakam.

Orang suruh dengar ceramah, kamu tak mahu... kan dah buta perut.

NETIZEN

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut sependapat dengan individu berkenaan dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab golongan yang melakukan perkara tersebut.

"Ini orang kata benak ubi. Tak tahu makna ibadah korban seperti dalam al-Quran.

"Orang suruh dengar ceramah, kamu tak mahu... kan dah buta perut.

"Aku bukan main payah nak dapatkan usus dan perut, mereka main buang macam tu saja.

"Hodoh betul perangai buang macam tu saja... tak tahu ke boleh undang penyakit kalau biar macam tu," demikian antara komen netizen.

komen korban

Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu berkenaan.

Sehingga kini perkongsian individu tersebut meraih 321 shares di Facebook.

Sebagai peringatan bersama, sisa atau bahagian lembu korban yang hendak dibuang juga perlu diuruskan dengan baik seperti dibungkus dalam plastik agar ia tidak mengundang haiwan liar seperti anjing.

Walaupun tiada dalil yang menyebut ia perlu ditanam, namun sudah menjadi tanggungjawab untuk membuangnya seperti sisa makanan lain dengan cara yang betul dan selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain