SEJAK Khamis, media sosial dipenuhi dengan foto serta video yang memaparkan kemeriahan sambutan Aidiladha di Malaysia dan luar negara. Antara yang mencuri tumpuan tentunya rakaman tular lembu terlepas ikatan, video upacara sembelihan, makan-makan dan banyak lagi. Terbaharu, seorang wanita turut menjadi perhatian netizen apabila memuat naik video memaparkan sebahagian daging korban yang diletakkan di dalam sebuah bekas. Aidladha di Malaysia disambut pada Khamis. -Gambar hiasan Sambil memegang pisau, wanita itu dilihat memotong organ haiwan berkenaan yang berbentuk silinder, dipercayai zakar. "Lelaki kalau berani curang, ini balasannya. Ha potong," ujar wanita itu sebelum disambut dengan gelak ketawa beberapa individu. Video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok itu diletakkan kapsyen 'balasan lelaki curang' dan turut disertakan tanda pagar #kenduri. Lelaki kalau berani curang, ini balasannya. Ha potong. WANITA TULAR Sehingga kini, video berkenaan meraih hampir lima juta tontonan dan turut dibanjiri lebih 11,000 komen netizen. Segelintir kaum Hawa dilihat menyokong video 'amaran' oleh wanita berkenaan dan berharap suami atau teman lelaki mereka tidak berlaku curang. "Saya pernah melawak kat suami, saya nak potong kalau curang. Dia jawab nanti tumbuh lain. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu, lembu mengalir air mata bakal dikorbankan... Pujukan pemilik pun meruntun hati - "Itam jangan sedih-sedih" ARTIKEL BERKAITAN: Longgok perut lembu penuh tahi tepi tong sampah, penduduk terkejut ada orang tak reti urus haiwan korban... Busuk siap berulat! "Saya seorang je ke yang terus share (video) kepada pasangan? "Terima kasih akak sebab dah bagi tutorial macam mana nak buat dengan lelaki curang," komen beberapa wanita. Dalam pada itu, ramai lelaki turut muncul di ruangan komen untuk mempertahankan diri mereka dan menyatakan kaum Hawa juga tak terlepas melakukan kesalahan sama. "Kalau perempuan curang pula macam mana? Tangkap layar video tular yang meraih hampir lima juta tontonan. "Laki beli beras. Jangan takut, lawan. "Eh, nak bermadu tak bagi pula," tulis beberapa lelaki. Lebih menghiburkan, segelintir lelaki turut meluahkan rasa ngilu dan gerun melihat aksi wanita berkenaan. "Akak potong benda tu, saya yang rasa sakit. "Daging tu kena potong, aku yang rasa. Aidiladha disambut meriah di negara ini. -Gambar hiasan "Ngilu dia terasa sampai Selangor weh," tulis beberapa individu lagi. Bahagian zakar lembu sebenarnya bukanlah satu menu asing dalam kalangan rakyat negara kita, malah juadah sup torpedo juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan. Oleh itu, halal makan sop torpedo yang mana bahan asasnya adalah batang zakar lembu jantan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube