suria

“Cepat la jom, you cantik pakai ni” - Dua gadis seram sejuk didesak lelaki gatal ajak bergambar, disuruh panggil abang bukan pakcik

Perilaku lelaki tidak dikenali ini menimbulkan rasa kurang senang kepada dua orang gadis.

HASRAT dua gadis untuk bersiar-siar di sebuah pusat rekreasi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka dihampiri lelaki hidung belang.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki berbadan gempal tanpa segan silu dilihat menegur dua sekawan itu walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Gaya perbualan lelaki itu mula kedengaran pelik apabila dia mula memuji-muji dua gadis berkenaan.

Gadis ini dan rakannya sedang bersiar-siar menaiki beca sebelum kejadian berlaku.

"You cantik-cantik pakai ni baru balik majlis hari jadi ke. Belajar lagi?

"Ini tengah jalan-jalan saja ke," tanya lelaki itu dengan bahasa tubuhnya yang sedikit janggal.

"Tak ada la, saja pakai macam ni. Tak, kami sudah habis belajar. Ya kami tengah jalan-jalan je," jawab gadis itu ringkas jelas menunjukkan dia tidak berminat untuk meneruskan perbualan.

Difahamkan ketika kejadian kedua-dua gadis berkenaan baru sahaja memulangkan beca yang disewa selepas bersiar-siar di lokasi yang tidak dinyatakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern trauma turun site! Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual - “Pekerja asing lebih hormat saya”

Perbualan mencurigakan antara lelaki berkenaan dengan kedua-dua gadis itu tidak terhenti di situ.

"Dah kerja? Tak pergi cari kerja ke? Pergi la cari kerja," kata lelaki itu dengan nada yang menekan apabila gadis tersebut menjawab mereka belum mempunyai pekerjaan tetap.

Cakap lembut-lembut sebab orang macam ni tak boleh guna kekerasan. Utamakan keselamatan diri anda dulu.

GADIS MANGSA

"Ya kami tengah cari kerja la ni," jawab gadis itu cuba untuk memutuskan perbualan dengan lelaki tersebut.

Seterusnya gadis itu memaklumkan bahawa lelaki terbabit ada meminta mereka untuk menggelarkan dirinya sebagai 'abang'.

"Ada bahagian yang saya lupa nak rakam, dia tanya duduk dekat mana dan dia minta supaya jangan panggil dia pakcik. Dia minta panggil abang sebab belum kahwin lagi," tulis gadis itu dalam videonya.

rekreasi3

Rakan gadis ini hanya mengenakan baju kurung biasa ketika kejadian.

Keadaan yang sedia menjengkelkan itu mencapai kemuncaknya apabila lelaki itu tanpa segan silu meminta untuk bergambar bersama dengan salah seorang gadis berkenaan.

"Nak ambil gambar boleh? Nak ambil gambar dengan awak. Cantik baju tu, cepat la jom. Tak apa, tangkap gambar je," desak lelaki itu.

"Oh tak boleh. Kawan saya tak suka tangkap gambar dengan orang. Tak boleh ya, minta hormat privasi kami.

"Kawan saya dengan lelaki memang tak boleh (bergambar), jaga batas," kata gadis itu memberikan seribu satu alasan untuk mengelakkan diri mereka daripada terpaksa bergambar degan lelaki berkenaan.

rekreasi1

Kehadiran lelaki ini menyebabkan rasa resah kepada dua orang gadis.

"Tak suka tangkap gambar dengan orang eh, ingat boleh. Oh jaga batas eh, okay, tak apa," balas lelaki itu sinis.

Di ruangan kapsyen, gadis itu memberikan peringatan kepada kaum Hawa agar sentiasa berwaspada.

"Kepada para wanita sekalian, tolong berhati-hati. Mohon teliti dengan apa yang jadi di sekeliling. Ramai manusia yang tua atau muda... tak ada akal apabila approach stranger.

"Lepas tu minta kita buat benda ikut kehendak dia. Kita dalam dunia sekarang tak akan terlepas daripada perkara ni.

Sebahagian komen warga maya.

"Ingat, kalau dalam situasi ni jangan provoke. Cakap lembut-lembut sebab orang macam ni tak boleh guna kekerasan. Utamakan keselamatan diri anda dulu.

"Ada banyak 'pemangsa' dalam dunia ni yang di luar nampak baik tapi dalam tiada siapa yang tahu. Jangan mudah tertipu," kata gadis itu menyampaikan nasihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan mereka pernah melalui situasi sebegitu dan ia meninggalkan trauma yang mendalam.

"Saya pernah kena seorang diri macam ni dekat dobi dan dalam bas, seramnya rasa sampai terketar-ketar lutut," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain