suria

Tengok filem apa sampai tertanggal seluar dalam? Pemuda pelik jumpa ‘spender’ putih dalam pawagam - “Pasti orangnya gemuk”

Seluar dalam dipercayai milik penonton tercicir di bawah tempat duduk di sebuah pawagam.

PERBUATAN tidak bermoral dengan membuang sampah merata-rata termasuk di dalam pawagam terus menjadi budaya yang sukar dikikis.

Sama ada sisa atau bekas makanan dan minuman, sampah sarap lain seperti tisu turut sering ditinggalkan di tempat duduk selepas habis tayangan.

Terbaharu, adalah amat mengejutkan apabila ada yang sanggup 'meninggalkan' seluar dalam mereka di dalam dewan pawagam.

Seorang pekerja sedang melakukan pembersihan.

"Sila tuntut seluar dalam siapa ni," tulis seorang lelaki menerusi satu perkongsian di TikTok.

Individu berkenaan turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan sehelai seluar dalam putih yang tercicir di bawah tempat duduk di sebuah pawagam.

Kelihatan seorang pekerja pembersihan bersama penyapu dan penyodok berdiri berhampiran seluar dalam berkenaan.

Pengguna akaun TikTok itu turut mengambarkan bentuk badan pemiliknya berdasarkan saiz seluar dalam yang ditemui.

"Pasti orangnya gemuk," katanya tanpa mendedahkan bila dan lokasi pakaian dalam itu ditemui.

Peringatan yang ditujukan kepada pemilik seluar dalam.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan seluar dalam di dalam pawagam kerana kebiasaannya hanya sampah-sarap biasa yang ditemui.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran lelaki berseluar dalam di koridor rumah flat, langsung tak hirau sensitiviti tetangga - "Kalau isteri aku nampak?"

ARTIKEL BERKAITAN: Panas foto bra, seluar dalam... aktivis dedah remaja hamil guna tali rafia panjangkan ukur lilit - "Bukan pervert tapi... kasihan sungguh"

Mereka menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu.

"Apa sudah jadi dengan dunia hari ini? Dulu orang tinggalkan botol minuman atau bekas pop corn, tapi sekarang orang tinggalkan seluar dalam. Trend baharu ni.

"Salah bawa tu. Dia bikin lap air mata girlfriend dia. Sekali perasan spender bukan sapu tangan.

Dulu orang tinggalkan botol minuman atau bekas pop corn, tapi sekarang seluar dalam.

NETIZEN

"Apa hal sampai seluar dalam boleh tertanggal ni? Filem apa ni yang dia tengok?

"Longgar kot, getah seluar dalam tu tercabut," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Malah, mereka turut mengaitkan penemuan seluar dalam itu dengan perbuatan tidak senonoh di dalam pawagam.

"Sini pun orang boleh buat kerja (perbuatan sumbang).

"Biasalah gelap... apa apa pun boleh jadi.

"Adoi, ni tengok filem ke buat filem," komen netizen.

Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa bagi menjejaki pemilik seluar dalam berkenaan.

"Daripada bakar, baik play CCTV je. Mesti tahu siapa punya," kata seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain