suria

Kena scan, semua buat sendiri tapi ada caj servis! Pelanggan merungut trend order makanan, kedai ‘acah moden’, line teruk

Kebanyakan restoran sudah mengaplikasikan sistem imbasan untuk memesan makanan. -Gambar hiasan

KETIKA ini, boleh dikatakan kebanyakan premis dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih.

Selain bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia, objektif utamanya adalah untuk memudahkan urusan seharian orang ramai.

Salah satu contoh terdekat yang boleh dilihat pada hari ini adalah kaedah membuat pesanan makanan di kebanyakan restoran yang mengaplikasikan sistem imbasan kod (scan) ataupun mesin pesanan layan diri.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu mengadaptasi pembaharuan ini serta memerlukan bantuan untuk membuat pesanan makanan secara manual.

Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem baharu itu yang pada pandangannya bukan sahaja menyusahkan malah turut membangkitkan isu penggunaan caj perkhidmatan.

order

Ramai yang lebih suka membuat pesanan makanan secara manual di kaunter berbanding sistem imbasan. -Gambar hiasan

"Betul... semua kena scan sendiri, pakai data sendiri, lepas tu dia pula nak caj 'service charge'. What service? Kamu tidak datang ambil pesanan saya.

"Saya tidak boleh bertanya mengenai kelebihan menu, saya tak boleh buat permintaan untuk pengubahsuaian menu contohnya tak nak pedas, tak nak taugeh. Jadi servis apa yang saya bayar di sini?" demikian luahan individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik rancak main tekan-tekan kiosk McD, siap berjoget depan mesin! Siapa nak bayar total harga lebih RM17,000?

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik pelan-pelan keluar restoran, ‘give up’ tak reti pesan makanan di mesin layan diri... Ada staf pun tak boleh harap

Perkongsian individu tersebut meraih reaksi yang bercampur, namun rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan malah berkongsi pengalaman yang sama.

"Macam mana pula orang tua nak order kan? Menyusahkan mereka kalau nak buat pesanan dan kedai juga tak terima cash (tunai). Segalanya online. Kesian orang tua atau yang tak ada kad nak membeli.

Line dekat Malaysia ni bukan semua tempat okay. Kalau dah line internet orang tu slow, kan dah makan masa nak order.

NETIZEN

"Meluat juga dengan segelintir restoran kawasan dalam suruh scan menu contohnya kawasan kampung. Kamu tahu majoriti penduduk warga boomers... sibuk suruh scan. Kesian tau tak.

"Paling benci bila dia suruh kita scan tapi kedai tu line pun hauk (teruk). Nak scan macam mana kalau line pun takde.

komen qr

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Saya setuju bab pakai data sendiri. At least sediakan wifi untuk orang scan menu tu. Line dekat Malaysia ni bukan semua tempat okay. Kalau dah line internet orang tu slow, kan dah makan masa nak order," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih lebih 7,000 ulang kicau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain