suria

Isteri serabut suaminya hampir sempurna, rasa diri tak cukup bagus! Datang angin baran terus minta cerai - “Apa dia buat, semua tak kena”

Pasangan suami isteri perlu berkomunikasi mengenai apa jua masalah yang timbul agar dapat mencari jalan penyelesaian. -Gambar hiasan

SEDANGKAN lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Kebiasaannya kita disajikan dengan kisah pasangan suami isteri yang berantakan kerana isu curang, kewangan, ketiadaan zuriat dan sebagainya, namun berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Menurut wanita berkenaan, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, berakhlak, mempunyai pekerjaan stabil malah boleh dikatakan cukup sempurna.

Malah tambah wanita tersebut, suaminya langsung tidak pernah membangkitkan soal cahaya mata sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.

Namun dedah wanita tersebut, rumah tangga yang dibina mulai goyah disebabkan sikapnya sendiri.

isteri 1

Pertengkaran yang berterusan boleh memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

"Aku isteri bukan solehah. Aku isteri paling derhaka sekali. Aku selalu emosi. Ego. Aku selalu jadi yang pertama yang mulakan pertengkaran.

"Sampai satu tahap, aku pernah nak minta cerai sebab aku rasa dia berhak untuk mendapat seseorang yang lebih baik daripada aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami merana dapat isteri panas baran, pantang silap terus dimaki hamun... Sikit-sikit ugut suruh cerai! “Patut ke aku teruskan?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia 'telanjangkan' diri!” - Suami tebal muka si isteri bukan saja tak matang, baran pula... semua benda nak 'up' di FB

"Waktu aku cakap pasal cerai tu, suami aku sedih of course tapi dia cakap 'selagi mana you rasa sayang I, selagi mana you rasa nak berubah, jangan fikir pasal cerai'.

"Setiap hari dia adalah sebab utama aku nak berubah jadi isteri solehah. Tapi aku selalu kalah dengan sikap baran aku. Apa suami buat, semua tak kena dekat mata aku," luahnya.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu menambah, dia sememangnya mempunyai masalah mental dan bergantung kepada ubat-ubatan sejak sekitar lima tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menganggap masalah dirinya mempunyai kaitan dengan penyakit tersebut.

Minta suami doakan dan doa untuk diri sendiri supaya berubah, Allah akan tolong lambat laun.

NETIZEN

"Aku kesian dekat suami aku sebab kena suffer dengan personaliti aku yang berubah-ubah.

"Setiap hari adalah pertarungan antara nak berubah jadi isteri solehah untuk husband dan nak mati. Saya tak mahu dia menderita kerana saya.

"Ya saya cuba beribu kali berkomunikasi atau sesi curahan hati ke hati. Tapi tetap menemui kegagalan," luahnya.

Rutin tersebut akan berulang-ulang sehingga membuatkan wanita tersebut hampir putus asa untuk mempertahankan rumah tangganya.

"Kitaorang macam ni bukan sebab kewangan, bukan sebab tak ada anak lagi ke apa. Ia adalah kerana saya. Saya yang mempunyai masalah. Saya benar-benar putus asa," kongsinya lagi.

komen isteri

Antara cadangan dan pandangan yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Luahan wanita berkenaan dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding yang sehingga kini meraih 507 ulang kicau.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut malah memberikan kata-kata semangat agar dirinya tidak berputus asa.

Mereka turut berkongsi cadangan kepada wanita berkenaan, antaranya menyarankan dirinya menjalani sesi terapi.

"Teruskan dengan sesi terapi. Setiap hari masa bangun, berdoalah untuk menjadi diri sendiri. Saya rasa dalam diri kamu, kamu tak maafkan diri sendiri... mungkin trauma lampau.

"Sila rujuk mana-mana kaunselor perkahwinan supaya anda boleh bertambah baik. Saya tahu kamu sayangkan suami.

"Saya pun sama, selalu mengamuk tapi yakinlah dengan doa, minta suami doakan dan doa untuk diri sendiri supaya berubah, Allah akan tolong lambat laun," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain