JODOH boleh tiba dari tempat yang tidak disangka-sangka pada masa yang tidak diduga. Demikian coretan takdir gadis bernama Nurkiasatina Abdul Khadir, 21, atau mesra disapa Kia, apabila pilihan hatinya merupakan rakan sekuliah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Sudah mengikat pertunangan pada 29 April lalu, Kia mengatakan pasangannya, Adam Haiqal Rosli, 21, mengambil kursus yang sama dengannya iaitu Diploma Pengajian Video dan Filem. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Cerita Kia, hatinya mula tertambat dengan Adam yang merupakan anak jati Trolak, Perak apabila mereka sering terlibat dalam kerja kursus bersama. "Kalau ikutkan dulu saya tak suka pun Adam ni. Waktu mula kenal dia dalam kelas, saya panggil dia ikan bilis sebab saya rasa rupa dia macam tu. Hati saya mula berubah apabila kami saling bantu-membantu dalam tugasan. "Lepas tu nak dijadikan cerita, waktu awal pengajian semester dulu, saya tak ada group assignment lagi. Tiba-tiba nampak Adam pun tak ada kumpulan juga, saya macam terbuka hati, apa kata cuba satu kumpulan dengan lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin mengidam hadiah kahwin TV 55 inci, rakan baik datang ‘persembahkan’ kerusi batu 55kg... kena angkut guna Hilux! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Satu geng’ masa belajar di kampus, 8 sekawan akhirnya kahwin sesama sendiri... masing-masing rahsia percintaan - “Kalau tak score, kena perli la” "Sesetengah orang anti kumpulan dengan lelaki kononya mereka tak buat kerja, tapi saya lapangkan dada. Daripada situ cinta mula berputik. Saya selalu tanya Adam tentang assignment dan dia pun sudi nak bantu. "Kami juga ada persaingan sihat, setiap kali peperiksaan kami akan lawan siapa yang dapat markah lagi tinggi dan apabila hujung semester, Purata Nilai Gred (GPA) siapa yang lagi mantap," kata Kia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Menurut Kia, kehadiran Adam menyuntik semangat dalam dirinya untuk berjaya. Dengan ada Adam di sisi sebagai rakan sekelas, dia jadi pendorong supaya saya istiqamah dalam menuntut ilmu. NURKIASATINA ABDUL KHADIR "Ketika yang lain macam berat nak ke kelas, saya pula looking forward untuk menghadiri kuliah. Dengan ada Adam di sisi sebagai rakan sekelas, dia jadi pendorong supaya saya istiqamah dalam menuntut ilmu. "Tapi biasalah hari tak selalunya cerah, kami ada juga gaduh-gaduh. Cemburu tak tentu pasal. Kadang benda kecil pun boleh jadi sebab untuk kami berselisih faham, tambahan pula apabila dah bertunang ni, lagi hebat cabaran mendatang. "Tidak mengapa, kami anggap itu sebagai proses untuk mematangkan hubungan kami," kata Kia. Ibu Adam menyarungkan cincin tunang di jari Kia. Kia pada masa ini sedang menghitung hari untuk memulakan latihan industri di sebuah studio fotografi di Sungai Petani manakala Adam akan menjalani latihan praktikal sebagai juruvideo di Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya, Selangor. "Intern kami nanti selama lima bulan, nampaknya kami kena berenggang seketika, orang cakap long-distance relationship (LDR) selepas dua tahun berkepit waktu diploma. Ia satu ujian untuk kami tapi kami akan tempuhi bersama. "Selesai intern nanti, kami rancang untuk terus kahwin. Kemudian saya akan merantau ke Kuala Lumpur untuk cari kerja tetap di sana. Tapi saya akui, mulut orang akan sentiasa bercakap, ramai yang ragu-ragu dengan hubungan kami. Kia pada mulanya hanya menganggap Adam sebagai seorang kawan. "Ada yang kata kami terlampau muda untuk semua ni. Ada juga yang kata hubungan kami ni hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bagi saya, soal jodoh ni kita kena usaha, kalau tak usaha memang tak akan sampai. "Daripada segi kewangan pun kita boleh ikhtiarkan. Rakan sekelas pun ada yang mengumpat tentang kami. Tapi saya tak endahkan, di kemudian hari ini adalah hidup saya dengan Adam, bukan dengan mereka," kata Kia. Kia bagaimanapun bersyukur kedua-dua ibu bapanya menyambut baik keputusannya untuk berkahwin awal. Kia bersama ibunya. "Saya anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Abang dan kakak jarak jauh umur dengan saya, mereka semua dah kahwin. Jadi abah pun macam lembut hati nak lepaskan saya berkahwin. "Selesai tanggungjawab dia sebagai seorang bapa. Saya pun diterima baik keluarga bakal mentua. Alhamdulillah urusan kami setakat ini lancar dan dipermudahkan semuanya," kata Kia. Manakala bagi Adam pula, mengimbau memori manis yang dilalui bersama Kia sepanjang menamatkan pengajian diploma, antara yang masih segar di ingatan adalah projek produksi pada semester empat. Kia dan Adam merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. "Kalau ikutkan terlalu banyak memori indah kami. Tapi yang paling saya hargai, waktu semester empat dulu kami ada assignment buat filem pendek. Pelbagai rintangan kami lalui dalam projek ni. "Kia ni pun ada sesekali tak sefahaman dengan saya, dia ada idea dia sendiri dan saya ada idea saya. Di situ kami belajar untuk bertolak unsur. "Bila ingatkan balik rasa kelakar pula. Semoga ada banyak lagi kenangan manis yang kami akan cipta dalam masa-masa akan datang," kata Adam menutup perkongsian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube