MUNGKIN ada segelintir orang yang berpegang dengan 'falsafah' biar papa asalkan bergaya. Bagi mereka, penting untuk menonjolkan diri atau berpenampilan seperti golongan berada kerana mahu diterima orang sekeliling untuk tujuan tertentu. Namun perkongsian seorang individu di laman sosial yang merungkai sifat sebenar golongan berada, benar-benar membuka mata serta minda warga maya untuk melihat dalam konteks yang lebih luas. Menurut individu bernama Muhammad Imran, hobinya yang suka membuat 'detailing' kereta (pembersihan dan membaik pulih bahagian luaran mahupun dalaman) memberinya peluang untuk mengenali ramai individu daripada golongan berada atau T20. "Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta. Jadi bila cuti semester, saya akan ambil part-time detailing kereta. Sesetengah golongan T20 jarang menunjukkan koleksi kereta mewah yang dimilik. -Gambar hiasan "Tak pernah terfikir nak cari pendapatan sampingan. Sebab ia sekadar hobi. Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya. Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah. "Jadi setiap cuti semester, saya akan ke rumahnya untuk detail kesemua keretanya. Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan-kawan se'level'nya untuk ambil khidmat saya," kongsinya membuka cerita. Meskipun pada awalnya dia agak keberatan menerima tawaran memandangkan kereta yang dimiliki bakal pelanggannya berharga jutaan ringgit, namun dia memberanikan diri kerana diberi kepercayaan. "Mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. "Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riyak dan sombong," katanya. Siapa sangka, keputusan yang diambil memberikannya pengalaman serta pengajaran yang amat berharga. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki T20 acah-acah bercinta dengan B40, sudahnya menyesal! Dakwa wanita kelas rendah kaki kikis, asyik nak makan tempat viral "Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah, orang yang betul-betul kaya, tak pernah minta kurang. "Bila dia bayar, dia expect kerja tip top. Kalau kerja tak tip top, dia takkan maki atau apa-apa, tak marah pun. Cuma itu sajalah kali terakhir dia ambil servis kita. "Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam-macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Tabiat membeli barangan mewah sebagaimana yang digambarkan di media sosial juga nyata berlainan dengan sikap sebenar T20 yang dikongsikan pemuda berkenaan. -Gambar hiasan "Saya banyak bertanya pada customer hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam-macam lagi. Saya suka bertanya dan belajar dari orang hebat," kongsinya lagi. Satu perkara yang benar-benar membuka matanya adalah sikap dan perwatakan golongan yang digelar T20 ini sama sekali tidak seperti yang selalu dipamerkan di media sosial. "Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta, post di media sosial, baik tua atau muda. "Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di Facebook. Mereka ni pakai McLaren, Porsche, Ferrari, Lamborghini, Aston. Kita pakai Honda hari-hari up story tunjuk stereng. "Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di media sosial untuk kongsi hobi pada orang ramai. Pernah juga jumpa dekat tempat kerja. Yang kerani berlagak semacam, yang bos pula humble. NETIZEN "Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di media sosial pakai Ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari Ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi," katanya, berkongsi cerita. Tambahnya lagi, mentaliti golongan 'kayangan' ini juga dilihat agak berlainan daripada orang biasa atau kebanyakan. Perkara ini dapat dilihat melalui cara komunikasi yang mana mereka lebih banyak mendengar daripada bercakap. "Lifestyle mereka biasa-biasa saja. Nak kata over limit, tiada. Tak pernah pula nampak mereka beli Starbucks atau apa-apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. "Isteri orang kaya, saya lihat tak ada handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja," katanya berdasarkan pemerhatian. Malah anak-anak golongan ini juga tidak sombong ataupun 'poyo' dan tidak terlalu menunjukkan kemewahan meskipun bergelar anak orang berada. "Bila kita lihat dekat media sosial sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit. Banyak buat saya refleks diri. "Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah-acah pulak. Bukan duit yang melambangkan kedudukan sosial kita. Tapi mentaliti. "Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekali pun. Mentaliti dan common sense," kongsinya lagi. Dia akhirnya membuat kesimpulan selepas bekerja dengan ramai individu kaya. Antara komen netizen yang turut terinspirasi dengan perkongsian pemuda berkenaan. "Saya banyak belajar daripada mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni. "Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people," katanya. Perkongsian tersebut yang dikongsikan semula oleh perunding profesional bertauliah, Islamic Financial Planner (IFP), Afyan Mat Rawi, sehingga kini meraih 5,100 shares di Facebook. Warga maya yang membanjiri ruangan komen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan individu tersebut. "Pendek kata bersikaplah bak resmi padi semakin berisi semakin tunduk. "Memang biasa dengar, orang-orang kaya biasanya sangat positif, inspiring dan merendah diri. Mereka berkembang dalam kalangan mereka dan tak ada nak sibuk-sibuk atau mengata hal orang. "Pernah juga jumpa dekat tempat kerja. Yang kerani berlagak semacam, yang bos pula humble," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube