suria

Wanita naik geli, lelaki muda guna teknik ‘low class’ nak mengurat dalam kedai perabot - “Ini perangai jantan lemah... annoying!”

Seorang wanita seharusnya dipandang dengan rasa hormat. -Gambar hiasan

SETIAP hubungan romantis bermula dengan salam perkenalan.

Bagi kaum Adam khususnya, pelbagai cara dicuba untuk mendapatkan perhatian wanita yang boleh menyebabkan hati seseorang itu berbunga-bunga.

Namun begitu, wanita ini melalui pengalaman sebaliknya apabila dia berhadapan dengan sekumpulan lelaki yang gagal menjaga batas kehormatan dirinya.

Wanita pastinya mahukan lelaki yang berkualiti untuk dijadikan pasangan. -Gambar hiasan Freepik

Melalui satu ciapan tular di Twitter, insiden hitam yang didakwa berlaku di sebuah gedung perabot itu menyebabkan wanita terbabit berasa bengang.

"Semalam singgah satu pusat jualan perabot ni, ada sekumpulan budak lelaki mungkin dalam linkungan umur 23 hingga 34 tahun sedang berjalan di hadapan saya.

"Tiba-tiba ada salah seorang daripada mereka menghampiri saya, dia datang dekat sangat dengan muka saya dan dia bisik 'Assalamualaikum'. Lepas tu kawan dia gelak-gelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat! Cinta monyet bertahan sedekad... Akhirnya ke jenjang pelamin

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan kerja terus kena mengurat, bapa ‘reject’ anak nak kahwin lelaki Syria... 3 minggu belum ‘tutup kes’

"Geli weh! Lelaki macam ni masih ada rupanya. Dia ingat benda tu lawak ke kacau perempuan. Kau memang loser," kata wanita itu hilang sabar.

Menurut wanita itu lagi, umurnya adalah jauh lebih tua daripada kumpulan pemuda tersebut dan perilaku sebegitu boleh dikira sebagai biadab.

"Kau ingat aku ni umur berapa nak main-main begitu. Geli la weh datang dekat lepas tu nak tunjuk macam kau terpaing cool la tu.

Rasa nak sepak je muka kalau jumpa lelaki macam ni.

WARGA MAYA

"Tolong la wahai lelaki, kalau nak mengurat perempuan yang kau suka pun, jangan buat macam ni. Perangai jantan lemah yang annoying.

"Perkongsian ni bukan nak 'angkat bakul' sendiri yang kononnya saya ni masih laku. Saya ni pun dah kahwin. Tapi ini untuk peringatan. Aku sebagai perempuan tak akan layan kalau mengurat gaya low-class macam tu.

"Ini dah tahun 2023, bawa bertaubat la buat perangai begitu. Malu weh. Jangan berkelakuan rempit dekat perempuan. Belajar hormat," kata wanita itu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengatakan bukan begitu cara yang sebetulnya untuk menarik perhatian wanita.

"Tahu pun kau, sesetengah lelaki ni fikir perempuan terlampau dahagakan tumpuan sampai hamak sangat nak dilayan macam tu. Mengurat cara murahan.

"Tolong la ada standard sikit dan jadi seorang yang gentleman dengan adab. Rasa nak sepak je muka kalau jumpa lelaki macam ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain