VIDEO memaparkan empat wanita yang mentertawakan kesalahan tatabahasa seorang lelaki mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Menerusi video tular, salah seorang daripada wanita itu dilihat sedang membaca kiriman mesej perpisahan yang ditulis seorang lelaki, dipercayai bekas kekasih rakannya. Dalam nada mengejek, wanita itu membaca dengan kuat mesej yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebelum disambut dengan gelak tawa rakan-rakan lain yang sedang duduk di dalam sebuah kereta. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Weh korang, kalau korang break up kan, make sure English korang yang korang hantar kan, betul tau, sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau, kawan-kawan dia pandai tau. Kita baca sama-sama. "Pertama sekali I nak minta maaf sangat for everything I made it. I made it! Bukan. I have made. We can be a friend. Tak payah. We can be friend cukup. "No worries if you want to make a friend... bukan! No worries if you want to be friend with me. You can text or call me like usual. Wah, you want want aaa," ujar wanita itu. Sambil disambut dengan gelak tawa rakan-rakannya, wanita itu turut menyatakan rasa geli terhadap lelaki yang bodoh pada penghujung video. "Itu je la sebab geli sikit dengan lelaki bodoh. Jangan bodoh," ujar kumpulan wanita itu lagi. Reaksi netizen berhubung video itu. Video TikTok itu tular selepas dikongsi semula oleh seorang individu menerusi Twitter pada Selasa. "Banggalah tu? Ini punca ramai orang takut berbahasa Inggeris. Sebab orang macam ni. "Lelaki tu mungkin taip mesej tu dengan penuh perasaan. Mungkin tak fikir pasal bahasa pun. Akhirnya dimalukan macam tu sekali. Secara umum pula tu. "Sekumpulan perempuan yang kurang bertamadun. Geram je dengan intonasi dia, facial expression dia. Kalau seorang je dalam circle dia je macam tu boleh diselamatkan lagi. Ini semua satu kepala," ciap @Cikgu_Anep sehingga menerima lebih 1,500 ulang kicau. Di ruangan balas, ramai netizen turut menyelar tindakan empat wanita itu yang dikatakan biadab dan merendah-rendahkan individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris. "Manusia terpaling pandai bahasa 'omputih' (orang putih) macam ni la perangainya. "Bagi saya, lelaki itu membuat keputusan yang tepat untuk tidak terus berkawan dengan wanita tersebut. Kawan-kawan dia kuat judge. "Entahlah kak. Kalau terpaling English tapi tak ada adab tak guna juga," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube