REZEKI tak pernah salah alamat. Seorang anak jati Kedah berusia 20 tahun mampu mengukir senyuman apabila perniagaan air balang yang diusahakan sejak Ramadan lalu membawa pulangan lumayan buatnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Muhammad Amirul Ramli, 20, yang menjalankan perniagaan di Wakaf Che Yeh, Kelantan, berkata dia bersyukur dengan ketentuan hidupnya dan tidak cemburu melihat rakan sebaya menyambung pengajian ke universiti. "Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tak sambung pengajian. Ada rakan-rakan yang masuk universiti, bagi saya itu rezeki mereka. Saya pula memang minat bisnes, jadi saya teruskan hasrat untuk buat bisnes. "Sebelum ini saya pernah berniaga choco jar. Kemudiannya, saya berniaga air balang sejak Ramadan. Pada waktu itu, saya fikir nak berniaga untuk isi masa lapang. Tak sangka dapat sambutan. "Jadi saya teruskan berniaga. Alhamdulillah, dapat beli motosikal Yamaha Y15ZR. Bulan lepas pula, saya beli kereta Honda City. Selain itu, saya juga dapat melancong ke luar negara seperti Korea Selatan, Vietnam dan Indonesia," ujarnya kepada mStar. Saya juga pernah rasa nak putus asa kerana tiada untung dalam tiga hari berniaga. MUHAMMAD AMIRUL RAMLI PENIAGA AIR BALANG Tambah Amirul yang kini menetap di Kelantan, dia juga merancang untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah dan membeli rumah sendiri, suatu hari nanti. Menurut Amirul yang berniaga bersama dua rakannya, mereka juga aktif menyertai pelbagai acara dan tidak terikat dengan tapak di Wakaf Che Yeh sahaja. Amirul juga kerap berkongsi video ketika dia berniaga di gerainya sehingga menerima jutaan tontonan di aplikasi TikTok, sekali gus memperkenalkan produk minumannya kepada pelanggan-pelanggan baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Guna Evian dituduh cuma ‘wayang’! Peniaga tak melatah, air balang sebungkus RM10 tetap laku keras ARTIKEL BERKAITAN: Jual air balang pun 'bergelut', paling sedih laksa sedap ibu langsung tak terusik, “Saya tak tahu apa yang kurang” "Selain berniaga di Wakaf Che Yeh, kami juga sering sertai acara seperti karnival. Kami jual lapan jenis air balang. Paling popular adalah air strawberi, teh hijau dan mangga. "Saya buat video untuk promosi di TikTok, tak sangka tontonan sampai juta-juta. Memang terkejut. Insya-Allah kami akan tambah perisa-perisa baru tidak lama lagi. Mungkin juga akan tambah jual makanan," ujar Amirul yang mempunyai lebih 150,000 pengikut di TikTok. Amirul juga menitipkan pesan kepada anak muda di luar sana agar terus cekal untuk mengejar impian mereka, khususnya yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Amirul berniaga bersama rakan-rakannya. "Alhamdulillah, berniaga air ni nampak macam untung sikit, tapi sebenarnya banyak. Saya juga pernah rasa nak putus asa kerana tiada untung dalam tiga hari berniaga. Tapi lepas tu ada sambutan. "Kepada anak muda yang nak berniaga, saya harap mereka tak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Kalau kita berusaha, yakinlah akan ada hasilnya," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu. Menjengah ke laman TikTok, Amirul turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah mereka yang memuji sikap rajin serta rupa parasnya. Ramai netizen turut memuji rupa paras Amirul. "Mabuk tengok senyuman manis... geram dia senyum nampak gigi besi (braces). "Makan apa nampak putih lain macam, kalau macam ni hari-hari nak beli air. "Alahai manis betul senyum," puji beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube