suria

Adik buat salah abang kena ‘hanger’ dulu, bapa kongsi cara asuh anak jadi pemimpin sejak kecil... Ikut teori zaman PLKN

Perbuatan merotan anak tidak asing dalam kalangan segelintir ibu bapa di negara ini. -Gambar hiasan

MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya.

Begitulah pegangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan harapan mereka akan membesar sebagai insan yang berguna.

Di Facebook, seorang bapa dikenali sebagai Amirul meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kaedah mendidik anak-anaknya.

denda4

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak mereka. -Gambar hiasan

"Anak aku tiga orang. Aku akan hukum anak sulung aku kalau adik-adik dia buat hal. Alasan sebab tak pantau adik dia. Kalau kali kedua adik dia buat lagi benda sama. Baru aku hukum pula dua-dua beradik.

"Hukuman aku simple hanger kat tapak tangan je tapi tak kuat. Ini mak aku ajar, sebab nak latih mentaliti leadership dekat si abang untuk sayang dan jaga adik-adik dia," ujarnya.

Dakwa Amirul, cara tersebut turut dipraktikkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mana ia dianggap sebagai kaedah efektif dalam mendidik anak-anak.

Dulu aku benci bapak aku sebab buat macam kat aku. Dah ada anak sendiri baru aku faham kenapa.

AMIRUL

"Cara ni diterap juga masa aku PLKN dulu-dulu. Kalau satu anak buah buat hal, ketua skuad kena lompat bintang seratus kali depan anak buah dia.

"Sebab tanggungjawab bangunkan mereka pagi-pagi dan make sure semua ada atas padang kawad atas bahu ketua skuad," ujarnya.

Menurut Amirul, dia juga percaya kaedah mendidik orang Asia lebih baik berbanding amalan di negara barat dan ia terbukti berkesan dalam keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lepas geram, bebel ibu tak didik anak dari rumah... Datang sekolah asyik menangis - “Masalahnya tiada kesedaran nak belajar”

ARTIKEL BERKAITAN: Ralit dengar aunty Cina cerita cara didik anak, rupanya tak perlu tegas sangat... Paling penting ibu bapa jangan ego minta maaf

"Tapi cara ni memang berkesan so far. Abang dia memang takut dengan aku lagi-lagi kalau ayah dia ni ada duduk dalam rumah. Diam terus. Kalau ayah dia keluar baru dia berani nak nakal dengan mak dia. Langsung buat pekak suruh mandi buat tak tahu je.

"Tak payah ikut sangat cara mat salih tu nak explain bagai consequences dan sebagainya. Naik lemak aje budak-budak, mereka rebel nanti. Asian parenting is the best," ujarnya.

Tambah Amirul, dia juga pernah membenci bapanya kerana dididik dengan cara itu, namun kini menyedari keberkesanannya dalam membentuk disiplin anak-anak.

dend2

Orang terdahulu biasanya lebih 'kasar' dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan

"Dulu aku benci bapa aku sebab buat macam kat aku. Dah ada anak sendiri baru aku faham kenapa. Dynamic role ibu dan bapa kena begitu, bapa-bapa akan main watak penjahat (villain) walaupun anak benci dia tapi dia tak kisah dan berkorban dibenci.

"Satu hari dia ada famili dia fahamlah sendiri," ujarnya lagi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Di ruangan komen, ada netizen turut meluahkan rasa tidak setuju dengan kaedah yang diamalkan oleh Amirul.

roro2

Selain penyangkut baju, ada ibu bapa yang menghukum anak menggunakan rotan. -Gambar hiasan

"Betul bro tapi jangan tahu menghukum saja. Berbual dengan anak-anak sikit dengan cara tersendiri. Kita sendiri kena fikir dan faham apa yang kita nak buat. Biar depa takut dan hormat tapi bukan membenci.

"Kepada ibu bapa baharu, cara ini tak sepatutnya dilakukan ke atas anak-anak. Dia meneruskan hal zaman kecilnya kepada anak-anak sendiri. Kemudian anaknya akan teruskan kepada generasi akan datang.

"Dia takut tapi dia tak hormat. Kalau ayah tiada, mak tu dinding saja, begitu ke?" komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain