suria

Kupas buah guna ‘peeler’ pun disindir, wanita serabut layan rakan sepejabat terpaling handal - “Dia tak nak menantu macam aku”

Mereka yang tidak tahu tentang hal rumah tangga seharusnya dibimbing. -Gambar hiasan

TIDAK kira wanita atau lelaki, persiapan terbaik untuk bergelar pasangan suami isteri adalah dengan membiasakan diri berkaitan hal-hal di rumah.

Antara aspek yang perlu diberikan perhatian sudah tentunya di dapur yang merupakan tunjang kepada sesebuah keluarga.

Namun begitu, jika seseorang itu sedikit kekok tentang selok-belok di dapur, mereka seharusnya dibimbing dan bukannya dicerca.

Kebiasaannya wanita yang akan bertugas di dapur. -Gambar hiasan

Perkara itu berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipandang sinis oleh seorang wanita lanjut usia yang menegurnya kerana tidak mengenali sesetengah barangan dapur.

"Ada seorang rakan sekerja ni, dah tua, dia selalu judge aku sebab banyak tak kenal barang dapur.

"Dia pernah pandang rendah dekat aku... lepas tu dia cakap tak nak menantu macam aku. Aku jawab la balik, saya pun tak nak mak mentua macam akak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar ‘sekolahkan’ pengguna B40, selera T20! Shopping barang dapur sampai RM500 kemudian merungut ‘hidup ini keras’

ARTIKEL BERKAITAN: Sesudah Subuh datang minta makanan, pengasas ‘food bank’ serba salah barang belum ‘restock’... Hanya tinggal tepung gandum

"Ada sekali tu dia judge aku sebab aku cakap aku suka peeler (pengupas) kalau nak kupas buah. Dia bebel cakap kena belajar pakai pisau sebab macam mana kalau rumah mak mentua tak ada peeler.

"Aku jawab la kalau tak ada peeler, aku pergi la beli sendiri. Hidup ni mudah je, kau tu je yang suka judge orang," tulis wanita itu melalui satu ciapan di Twitter.

Perkongsian wanita itu merupakan ciapan balas kepada satu perbincangan tular di Twitter yang menyentuh soal kebolehan seseorang untuk mengenal pasti barangan dapur di pasaraya.

Ada hati nak cakap kata kita ni orang kampung, dia (makcik) tu yang masih di zaman batu.

WARGA MAYA

"Buat apa nak kena hafal nama barang basah kalau benda boleh tanya ja terus masa nak beli. Nak tanya tuan kedai, tuan kedai sibuk pula kan.

"Pergi je la tanya makcik atau pakcik yang duduk membeli sama-sama dengan kita. Selalunya mereka akan tolong, siap boleh ajar macam mana nak pilih yang elok. Hidup ini mudah abang-abang dan adik-adik sekalian," katanya.

Warga maya lain pula mengatakan tindakan makcik itu adalah tidak wajar kerana gaya hidup masa kini sudah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

"Mak-mak dekat desa sekarang pun dah pakai peeler la, cakap dekat makcik tu dia yang ketinggalan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Lepas tu ada hati nak cakap kata kita ni orang kampung, dia tu yang masih di zaman batu," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain pula sempat memberikan tip tentang cara untuk menjadi cekap membeli barang dapur.

"Saya lebih berminat beli barang dapur di kedai Aceh (kedai runcit) sebab kalau apa-apa tak tahu boleh je terus tanya tuan kedai tu, mereka biasa sporting dan sedia untuk membantu. Kadang tu mereka carikan terus untuk kita.

"Tapi itu la kedai aceh ni kadang dia main letak je harga tinggi ikut suka dia. Kalau pasaraya pula, ada label dan senang kita nak mencari barang. Tapi kena 'tawaf' sikit la pasaraya sebesar-besar alam tu.

"Jadi terpulang kepada masing-masing selesa nak beli barang dapur di mana, asalkan jangan kecundang salah beli barang sudah, menjawab nanti dengan isteri," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain