MEMANDANGKAN kebanyakan harga barangan menunjukkan peningkatan ketika ini, golongan kelas pertengahan dan bawahan adalah yang paling merasai kesannya. Bagi yang sudah berkeluarga lebih-lebih lagi mempunyai isi rumah yang ramai, ada kalanya mereka terpaksa membuat 'catuan' terhadap perbelanjaan makanan. Untuk menjimatkan kos, ada yang membawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja atau hanya mampu menikmati menu bajet. Bagaimanapun satu hantaran di Facebook oleh seorang individu yang merungut kerana mendakwa harga makanannya tidak berpatutan, mengundang perhatian warga maya. Menurut individu berkenaan, harga RM4 yang dikenakan untuk sepinggan nasi tanpa lauk seperti ikan mahupun ayam adalah sangat mahal. Kebanyakan harga barang ketika ini menunjukkan peningkatan, sekaligus mendorong peniaga makanan menaikkan harga jualan mereka. -Gambar hiasan "Ya Allah... nasi putih, tempe, ulam dengan air kosong macam ni pun kau caj RM4?? Sabar je la wahai hati. Padahal tak ambil ayam, ikan, daging pun. "Berkat ke niaga cekik darah? (Edit) Tempe tu sikit je sebenarnya dua skop, nampak banyak sebab dia tindihkan atas nasi," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di grup B40 Buat Perangai Apa Harini. ARTIKEL BERKAITAN: Harga mahal terbongkar, pemilik dedah dah dapat green light KPDN... tak perlu marah kalau tak pernah datang - “Kami bukan kedai tomyam biasa” ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi kerabu lauk ikan, solok lada harga RM10! Pelanggan anggap sedekah, tak kisahlah mahal atau murah Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar hidangannya untuk dinilai oleh warga maya. Kelihatan dalam gambar yang dimuat naik iaitu nasi dengan kicap, sambal tempe goreng campur kacang tanah, sambal belacan serta ulam kobis bersama segelas air kosong. Bagaimanapun, perkongsian individu itu bukannya disokong sebaliknya dikecam oleh rata-rata warga maya. Hampir semua mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangannya dianggap munasabah lebih-lebih lagi ia bukan dibeli di gerai sebaliknya restoran. Murah dah tu. Biar betul kau cakap mahal? Kau tengok tempe banyak mana kau ambil. Ingat tempe tu murah ke? Kira kos dia masak lagi. NETIZEN "Hahaha dia pergi makan dekat restoran. Gelas pun tauke pakai jenis gelas mahal. Tiba-tiba dapat pelanggan macam ni. "Apa yang kau merepek ni? Kira okaylah RM4. Kau bab makan pun nak berkira. Masak dekat rumahlah bang kalau nak complaint. "Murah dah tu. Biar betul kau cakap mahal? Kau tengok tempe banyak mana kau ambil. Ingat tempe tu murah ke? Kira kos dia masak lagi. "Tempe sekeping dah RM1.20 bang. Macam baru keluar gua. Kau buat sendirilah tempe bang. Sambal belacan tanam lada sendiri, kobis pun sama," demikian komen netizen. Bagaimanapun menerusi ruangan komen, individu tersebut tetap mempertahankan pandangannya malah berkata harga yang sepatutnya dikenakan setakat RM3. Sebahagian daripada komen netizen yang mengecam individu berkenaan. Namun beberapa netizen tampil membuat kira-kira bagi setiap item yang diambilnya untuk menunjukkan rasional di sebalik harga RM4 yang dikenakan pihak restoran. "Nasi RM1.50, ulam dan sambal belacan RM0.50, tempe RM2.00. Ini pun mahal ke? "Cubalah abang pula yang meniaga... nak tengok berapa ringgit nak letak," demikian antara komen netizen. Sehingga kini posting tersebut meraih 108 shares di Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube