suria

Gadis dedah perangai sebenar housemate, suka melawa tapi hakikatnya pengotor! Pad penuh darah pun kumpul dalam bilik air

Tuala wanita yang tidak dibuang (kiri) dan keadaan di dalam peti sejuk. -Gambar TikTok

APABILA tinggal menyewa beramai-ramai di dalam satu rumah, sudah pastinya pelbagai jenis perangai dan 'kepala' akan muncul.

Ada rakan serumah yang jenis berkira, suka hati membawa kekasih pulang ke rumah, culas membayar sewa dan sebagainya.

Namun kisah yang biasa dipaparkan adalah mengenai sikap pemalas dan pengotor teman serumah atau housemate yang sehingga tahap tidak mampu diterima akal.

Begitulah juga dengan 'azab' yang terpaksa ditanggung oleh gadis ini apabila beberapa rakan serumahnya langsung tidak mengambil berat soal kebersihan malah seolah-olah selesa hidup dalam suasana kotor.

"Betullah perempuan cantik tak semua rajin. Sumpah kalau sambung study (belajar) kena cari housemate yang ada common sense.

"Kalau tidak, hiduplah macam dalam neraka," tulisnya dalam perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik dapat housemate pengotor, rela bayar sewa mahal duduk seorang! Paling pelik suka ulang pakai baju tak basuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda stres dapat 9 housemates pengotor! Kuali 2 bulan tak basuh, tak peduli pinggan kotor dibuang luar rumah

Menerusi video yang dikongsikan pemilik akaun @tyrabkri, kelihatan suasana di dalam rumah sewanya seperti tongkang pecah dengan sampah berselerakan serta sisa makanan turut dibiarkan merata-rata.

Bukan itu sahaja, pakaian juga dibiarkan bersepah merata-rata sama ada yang belum ataupun sudah dicuci.

rumet 3

Keadaan di dapur yang berselerak.

Lebih menjijikkan, dia turut berkongsi tabiat aneh rakan serumahnya yang 'mengumpul' tuala wanita yang sudah digunakan di dalam karung plastik dan menggantungnya di bilik mandi.

"Semester ni selagi semua tak habis period, pad tak boleh buang lagi... kena kumpul," tulisnya dalam nada berbaur sindiran.

Malah keadaan di dalam peti sejuk juga agak menjijikkan dengan pelbagai jenis makanan disumbat termasuk lauk-lauk lama yang tidak habis dimakan.

"Selagi tak habis, lauk kena simpan... nak buang sayang," tulisnya lagi.

Itulah hakikatnya... yang melawa-lawa bila keluar tapi rumah bersepah sampai makanan pun berkulat.

NETIZEN

Keadaan di dapur juga tidak ubah seperti 'dilanda taufan' dengan pinggan mangkuk kotor dibiarkan di dalam sinki dan barangan serta perkakas untuk memasak langsung tidak disusun rapi.

Pendek kata, jika melihat kepada keadaan rumah sewanya, pasti ramai yang tidak menjangka bahawa penyewanya adalah golongan kaum Hawa.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa jijik dengan sikap pengotor rakan serumah gadis berkenaan, selain menasihatkannya supaya menyewa kediaman lain.

rumet 2

Baju serta barang dibiarkan tidak tersusun.

"Orang macam ni kan, bila kita dah tolong kemas elok-elok, nanti dia buat balik... jadi tak ada fungsi pun mengemas.

"Itulah hakikatnya... yang melawa-lawa bila keluar tapi rumah bersepah sampai makanan pun berkulat.

"Aku ni pun pemalas juga tapi tak adalah sampai tahap macam ni. Aku yakin rumah sewa lelaki jauh lebih kemas walaupun mereka nampak selekeh,"demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, video yang dikongsikan gadis berkenaan meraih sebanyak 2.1 juta jumlah tontonan setakat ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain